Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 29 Mac 2020

BMW Motorrad International GS Trophy Female Team Qualifiers 2019 Pelumba Malaysia Terus Mantap

Persaingan BMW Motorrad International GS Trophy sememangnya satu acara yang amat ditunggu-tunggu oleh para pemilik jentera lasak BMW di seluruh dunia. Acara ini mempamerkan kecekapan para peserta mengendalikan jentera masing-masing di laluan dan halangan yang mencabar untuk meraih mata tertinggi. Sememangnya kemahiran menunggang dan stamina yang tinggi amat diperlukan untuk mengatasi segala cabaran yang menanti para peserta.

Pada Oktober tahun lalu, telah berlangsungnya pusingan kelayakan atau BMW Motorrad International GS Trophy Female Team Qualifier 2019 yang diadakan selama tiga hari bertempat di Malaga, Sepanyol. Seramai 31 orang peserta dari 20 buah negara telah menyertai acara ini termasuklah peserta dari Malaysia, Khaizatul Akmar Zabidin (Khai). Ini merupakan kali kedua beliau mewakili negara. Menerusi saingan yang benar-benar mencabar ini, seramai enam orang pelumba terbaik akan dipilih untuk ke BMW International GS Trophy Oceania yang berlangsung di New Zealand pada Februari 9-16, 2020.

Pusingan kelayakan wanita ini mula diadakan pada tahun 2015 dengan 10 orang finalis yang dipilih daripada 100 orang pemohon. Dua tahun kemudian, 23 orang peserta dari 13 buah negara telah menyahut cabaran ini dan pada tahun lalu (2019) jumlah meningkat kepada 32 peserta (termasuk seorang peserta yang m e n a r i k diri di saat akhir). Persaingan kali ini turut disertai oleh wakil baru dari beberapa buah negara seperti Argentina, Brazil, Italy, Jordan, Lebanon, Morocco, Netherlands dan Norway.

Hari Pertama

Para peserta telah dibahagikan kepada empat buah kumpulan dan setiap seorang daripadanya telah disediakan sebuah BMW F 850 GS untuk menyempurnakan cabaran selama tiga hari. Suasana di perkarangan sebuah resort (tempat permulaan saingan) cukup damai dengan suhu sekitar 19° hingga 20° memberi semangat buat para peserta termasuklah peserta Malaysia, Khai.

Exercise 1 memerlukan setiap peserta membuat satu pusingan (Enduro Trail) di laluan berbukit yang disediakan dalam masa tujuh minit. Terdapat beberapa laluan sukar seperti berbatu, pasir, membuat pusingan 8 dan mendaki yang memerlukan pengendalian terbaik. Jika terjatuh atau terkeluar daripada garisan yang telah disediakan, para peserta akan diberikan mata penalti. Dalam cabaran ini Khai mendapat kedudukan yang baik, tanpa sebarang penalti.

Exercise 2 pula menguji kecergasan dan stamina para peserta. Dalam masa 8 minit, peserta perlu berlari ke laluan berbatu di kawasan bekas kuari pada jarak 500 meter menuju ke lokasi terletaknya motosikal masing-masing. Para peserta juga harus memasang cip atau dongle di bawah pelana untuk mengaftifkan mod Enduro. Sebaik sahaja memasang semula pelana, mereka perlu menunggang berpatah balik menggunakan laluan berbatu yang sama. Cabaran yang sukar ini telah menyebabkan beberapa peserta terjatuh dan terpaksa menerima mata penalti.

“Cabaran ini memang sukar. Dalam kepenatan, kami perlu mengendalikan jentera dengan sebaiknya untuk mendaki dan membelok di permukaan berbatu. Para peserta yang pandai mengawal pendikit, kawal klac, keseimbangan dan bijak memilih laluan mempunyai kelebihan,” kata Khai.

Exercise 3 telah diadakan di kawasan berbeza. Dalam cabaran ini para peserta perlu menunggang sambil mengutip kon dan meletakkannya pada kon di depan. Terdapat enam kon yang memaksa para peserta untuk membongkokkan diri dari sebuah jentera yang tinggi beberapa kali untuk menyempurnakan tugasan itu. Setibanya di hujung garisan, mereka perlu turun. Matikan enjin dan mengundurkan jentera masing-masing secara slalom melalui kon-kon hingga ke garisan permulaan. 

Cabaran ini juga perlu diselesaikan dalam masa 8 minit dan di sinilah Khai terjatuh sebanyak dua kali dan menurutnya, peserta dari Lebanon iaitu Grece Kassab paling mengagumkan. Grece merupakan bekas atlet angkat berat yang mempamerkan kegagahan selepas terpaksa mengangkat jenteranya lebih daripada lima kali.

Dalam Exercise 4, para peserta dibahagikan dalam kumpulan lebih kecil (dua orang satu pasukan) untuk menyelesaikan satu tugasan mekanikal. Para peserta ditugaskan untuk membuka dan memasang semula tayar jentera F 850 GS dalam masa 10 minit. “Saya dan peserta dari Argentina, Virginia Guidetti yang juga merupakan seorang model adalah antara kumpulan yang paling pantas kerana kami dapat berkomukasi dengan baik. Ada juga kumpulan yang bertekak kerana masalah bahasa seperti peserta dari Jepun dan Brazil.”

Khai sememangnya sudah tahu selok belok cara membuka tayar kerana baginya adalah satu ilmu penting buat setiap penunggang motosikal yang sentiasa berdepan dengan pelbagai dugaan di atas jalan. Para marsyal bertugas akan memastikan segala proses dilakukan dengan betul dan sempurna sebelum pemarkahan dibuat.

Cabaran hari pertama menutup tirai dengan Exercise 5 yang cukup seronok dan kelakar. Setiap peserta perlu menunggang lembu rodeo mekanikal – peserta paling lama dikira sebagai pemenang.

Selepas menyelesaikan semua cabaran, para peserta menunggang jentera masing-masing ke kawasan perkhemahan di La Fuente in Barranco Blanco Nature Park. Mereka diberikan khemah dan peralatan perkhemahan untuk kegunaan masing-masing selama dua hari.

Peserta dari Columbia, Isabella Londono Rivas mengutip mata tertinggi pada cabaran hari pembuka tirai diikuti oleh Nikki van der Spek dari Belanda dan Claire Bichard dari Perancis manakala Khai berada di tempat ke-16.

Hari Kedua

“Cabaran pusingan kelayakan kali ini memang cukup best kerana ia memberi peluang untuk semua peserta mencuba setiap tugasan yang diberikan. Pada penganjuran sebelum ini, cabaran peringkat kedua hanya dapat dilakukan oleh mereka yang layak ke peringkat separuh akhir manakala cabaran peringkat akhir juga hanya dapat dilakukan oleh peserta yang layak. Kali ini, semua peserta lakukan kerana sistem pungutan mata boleh dimenangi oleh sesiapa sahaja,” kata Khai.

Oleh kerana seorang peserta tidak dapat meneruskan cabaran, kumpulan peserta diubah semula untuk cabaran hari kedua. Ini juga masanya buat para peserta yang agak ketinggalan mencari peluang untuk memperbaiki posisi masing-masing.

Exercise 1 para peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil (tiga peserta satu kumpulan). Setiap kumpulan perlu bergerak (jalan atau berlari) ke empat check point dengan menggunakan alat BMW Motorrad Navigator VI GPS. Mereka juga perlu mengambil gambar di setiap lokasi sebagai bukti dan semuanya perlu diselesaikan dalam masa 20 minit sahaja.

Exercise 2 memerlukan setiap peserta menunggang jentera ke kawasan offroad di kawasan yang sukar. Ada jalan berpasir, berbatu, mendaki dan kawasan curam. Untuk merentasi kawasan ini, setiap peserta tidak dibenarkan melewati garisan sempadan yang telah ditetapkan walau sesukar mana sekalipun laluan tersebut. Pengalaman, kemahiran pengendalian, posisi badan dan kawalan pendikit adalah kunci utama untuk berjaya dalam cabaran ini.

Selepas tiga kali terjatuh, kecederaan Khai sewaktu sesi kelayakan di Malaysia telah mengganggu prestasinya tetapi ia tidak menjadi alasan untuk Khai berputus asa.

Exercise 3 sekali lagi memerlukan semangat dan stamina yang tinggi. Para peserta perlu mendaki di kawasan berbukit dan berbatu (dengan kaki) setinggi 100 kaki sambil membawa bebanan lima liter air. Khai akui ia cukup memenatkan dan hanya dapat dibuat oleh para peserta yang benar-benar tough sahaja.

“Dengan kaki yang sudah sakit, saya kuatkan semangat dan berfikiran positif untuk teruskan cabaran. Selepas selesai, barulah pihak BMW Motorrad memanggil doktor untuk periksa,” kata Khai.

Hari Ketiga

Para peserta kembali ke Enduro Park Andalusia untuk menyempurnakan tugasan terakhir yang lebih fokus kepada skill. Ia bermula dengan ujian Slalom, Angka 8, Balance Beam atas kayu, Parallel Log, Pusingan U, Kick The Cone menggunakan tayar belakang, Zig Zag dan memecut di laluan curam dan berbatu setinggi 30 meter. Cabaran mendaki di sudut yang hampir menegak ini memerlukan kemahiran pendikit dan pemilihan gear.

Para peserta kemudiannya kembali ke tapak permulaan menggunakan jalan bekas kuari untuk menamatkan cabaran. “Masa dan cabaran hanya dikira sempurna apabila motosikal masuk ke dalam kotak yang disediakan dan mematikan enjin. Angkat tangan dan selesai!”

Untuk BMW Motorrad International GS Trophy Female Team Qualifiers 2019, Khai telah menduduki tangga di 21 manakala enam pelumba yang berjaya ke New Zealand ialah Isabella Londono Rivas (COL), Nikki van der Spek (NLD), Claire Bichard (FRA), Lisa Taylor (USA), Andrea Box (AUS) dan Klara Finkele (GBR).

Selepas dua kali mewakili negara, Khai cukup berbangga sebagai Duta GS Trophy dan telah menimpa banyak pengalaman berharga. Kini Khai ingin maju setapak lagi untuk menjadi Jurulatih Offroad dan mengikuti kursus tenaga pengajar (instructor) di BMW Instructor Course yang diadakan di Sepanyol nanti. Kita ucapkan, selamat maju jaya. RR

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.