Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Jun 2023

Kawasaki Owner Group (KOG) Pangkor Ride 2023

Untuk tahun 2023 ini, Kawasaki Owner Group (KOG) telah menganjurkan acara ‘ride’ tahunan mereka kali ini ke Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Acara tahunan ini telah diraikan oleh 50 orang peserta yang datangnya dari seluruh pelusuk tanahair. Tidak ketinggalan juga empat orang peserta dari Singapura dan seorang dari Indonesia.

Para peserta memulakan hari pertama perjalanan dengan berkumpul di Tol Sungai Buaya, Rawang menghala ke arah utara. Terima kasih buat Cik Mas Catering yang menaja sarapan kami. Selepas taklimat keselamatan disampaikan oleh ketua konvoi, para peserta bersiap sedia untuk memulakan perjalanan ke Teluk Intan. Majlis perlepasan telah dilakukan oleh wakil GIVI Asia, En. Wahid Ooi.

Sekitar 1 jam 30 minit kemudian, konvoi tiba di Teluk Intan untuk menambah petrol. Hanya 30 minit sahaja masa  diperuntukkan di sini dan hentian berikutnya adalah di Terminal Feri Marina. Sebelum berangkat ke tempat dituju, para peserta mengisi perut yang mula berdendang di Restoran D’Warisan yang terletak di Lumut.

Feri sedia untuk memulakan perjalanan dan semuanya teruja untuk ke Pulau Pangkor. Ada di kalangan para peserta sudah beberapa kali ke Pulau Pangkor tetapi tidak kurang juga yang baru pertama kalinya ke sana. Setibanya di sana, van telah tersedia untuk membawa para peserta ke Pusat Tahfiz An Nur yang masih dalam pembinaan. Syukur pada Yang Esa, kutipan lebih daripada RM2,500 telah berjaya dikumpulkan oleh para peserta dan ahli KOG.

Aktiviti di sebelah petang santai. Para peserta mengambil peluang untuk melihat keindahan Pulau Pangkor dengan menaiki van dan motosikal sewa serta membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Sekitar jam 8.00 malam, majlis makan malam dimulakan dengan tema ‘Orang Kampung’. Turut dianjurkan di majlis tersebut ialah acara cabutan bertuah dengan hadiah utama sumbangan GIVI Asia berupa Cermin Pengadang Angin Untuk Kawasaki Versys, Braket Enjin Kawasaki Versys dan Kotak Barang Sisi V35N. Tidak lupa juga ialah sambutan Hari Lahir untuk para peserta yang dilahirkan pada bulan Mac. Memang riuh rendah suasana pada malam itu dan inilah kenangan manis yang dapat dikongsikan bersama-sama rakan-rakan rider.

Keesokan harinya, masih ramai di kalangan para peserta yang mengambil kesempatan terakhir untuk menikmati kesegaran udara, keramahan para penduduk setempat dan kecantikan pulau di Perak itu.

Para peserta meninggalkan Pulau Pangkor sekitar jam 1.15pm menuju kembali ke terminal untuk mengambil motosikal masing-masing. Sekali lagi restoran yang sama ‘diserbu’ para peserta sebelum berangkat pulang. Dari Lumut berhenti sekali lagi di Teluk Intan untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan.

Check point terakhir ialah di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Ulu Bernam. Sebelum bersurai, para peserta mengembalikan semula tenaga dengan mengisi perut yang semakin kosong. Didoakan semoga para peserta dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat dan sehingga berjumpa lagi dalam KOG Ride akan datang.

Jumlah peserta – 50 orang
Jumlah motosikal – 38 buah (250cc hingga 1400cc). RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Model Baru

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu.