Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Jun 2023

Honda EM1 e - Motosikal Elektrik Pertama Dari Honda Untuk Pasaran Eropah

EM1 e merupakan jentera dua roda pertama dari Honda untuk para pelanggan di Eropah. Rancangan kemasukan jentera elektrik keluaran syarikat dari Jepun ini telah pun diumumkan pada bulan September tahun lalu. Honda menyatakan mereka bersedia untuk memperkenalkan 10 atau lebih jentera dua roda elektrik ke seluruh dunia menjelang 2025.

Ini juga merupakan langkah pertama bagi memenuhi permintaan yang dinyatakan oleh Honda iaitu neutraliti karbon untuk semua barisan motosikalnya menjelang 2040-an nanti.

'EM' adalah singkatan kepada Electric Moped, dan model ini ditujukan tepat kepada demografi penunggang muda yang mencari sebuah alat pengangkutan di bandar yang mudah, menyeronokkan, bebas pencemaran. Pada masa yang sama, ia merupakan sebuah motosikal yang kompak, mudah ditunggang, berlantai rata, tampak bergaya yang melambangkan identiti uniknya dalam rangkaian motosikal Honda.

EM1 e memang sesuai bergerak di sekitar bandar seperti perjalanan ke tempat kerja atau kolej. Jentera ini cekap, senyap, lincah dan melindungi alam sekitar. Model baru ini disempurnakan dengan Honda Mobile Power Pack e (bateri), yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa bagi memudahkan pengecasan di rumah menggunakan unit pengecas khas dari Honda.

EM1 e dilengkapi sepenuhnya dengan panel meter digital, suis-suis berkualiti tinggi, lantai pemijak yang panjang, ruang simpanan bawah pelana bersaiz 3 liter dan soket pengecas USB yang cukup praktikal. Terdapat juga tempat pemijak bagi pembonceng, tempat barangan di belakang dan tongkat sisi.

EM1 e dikuasakan oleh bateri Honda Mobile Power 50V yang direka sepenuhnya oleh Honda dengan memberi tumpuan kepada daya ketahanan dan kualiti. Satu pengecasan penuh bateri ini menawarkan perjalanan sejauh 41.3 kilometer atau sekitar 48 kilometer dengan menggunakan mod ECON. Tempoh mengecas bateri ini ialah sekitar 160 minit dari 25% kepada 75% dan bateri ini juga boleh dikeluarkan/ditukar dengan mudah.

Kerangka model ini jenis keluli underbone yang dipadankan dengan fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap belakang jenis berkembar. Tinggi pelana ialah 740 mm manakala beratnya ialah 95kg termasuk bateri. Model ini hadir dengan tayar bersaiz 90/90-12 (depan) dan 100/90-10 (belakang) yang dipadankan dengan sistem brek cakera beserta Combined Brake System (CBS).

Honda EM1 e ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Pearl Sunbeam White, Digital Silver Metallic dan Matte Ballistic Black Metallic. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.

Pandu Uji

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Ketika Boon Siew Honda (BSH) melancarkan 4 model hebat tahun lalu, saya memang terpikat dengan model Transalp ini. Ini kerana beberapa tahun dulu, saya pernah menunggang Transalp model lama. Apabila saya kongsikan beberapa gambar di media sosial, ramai yang 'menyakat' tanya motor itu abad ke berapa? Betul kata mereka, dari segi design, ia tidaklah begitu hebat tetapi dari segi hantaran kuasa dan keselesaannya memang sangat saya suka.