Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Jun 2023

Suzuki Malaysia Santuni Anak-Anak Yatim & Pemilik Suzuki

Bersempena bulan Syawal yang mulia, Suzuki Malaysia telah menganjurkan majlis Jamuan Hari Raya bersama anak-anak yatim yang diadakan di Dewan Sri Iskandar Setiawangsa pada 13 Mei yang lalu. Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, para pemilik jentera Suzuki turut hadir bersama jentera masing-masing.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan, En. Ahmad Faez Yahaya.Seramai 22 orang pelajar bersama enam orang tenaga pengajar Pertubuhan Pengurusan RumahPerlindungan Safiyyah telah hadir pada hari itu. Para tetamu kemudiannya dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah yang sedap-sedap belaka. Majlis turut dihiburkan dengan alunan nyanyian oleh persembahan 'live' band Le Rockers Buskers.

Sambutan Hari Raya Suzuki Malaysia kemudiannya disempurnakan dengan majlis penyampaian sumbangan istimewa daripada pihak Suzuki Malaysia dan derma kilat oleh para pemilik Suzuki yang berjumlah RM2,086 kepada wakil Pertubuhan Pengurusan Rumah Perlindungan Safiyyah. Sebagai selingan, acara cabutan bertuah turut dijalankan di sepanjang majlis.

Sebelum bersurai, para tetamu disajikan dengan persembahan angklung oleh para pelajar. Alunan lagu 'Perfect' yang dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa, Ed Sheeeran sememangnya menyentuh hati. Terima kasih atas persembahan tersebut.

Tahniah diucapkan buat Suzuki Malaysia atas inisiatif ini dan didoakan agar program sebegini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Model Baru

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

LONCIN Motor Co., Ltd merupakan pengeluar motosikal yang diasaskan pada tahun 1993 dan VOGE merupakan jenama premium mereka. Selain dua roda, Loncin juga mengeluarkan kereta elektrik, generator, mesin rumput, jentera perindustrian dan helikopter drone. VOGE memberi tumpuan dalam penjualan motosikal dan pelbagai jenis komponen motosikal yang berkualiti tinggi.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.