Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Jun 2023

FKR Convention Trip 2023 - Danang, Vietnam

Boleh dikatakan, setiap tahun FKR Malaysia akan meraikan para pengedarnya yang mencapai sasaran penjualan melalui perjalanan ke luar negara. Kali ini, Danang, Vietnam menjadi lokasi seterusnya.

Seramai 50 orang pengedar tayar FKR dan lima orang pengedar kasut All America seluruh Malaysia bersama-sama 14 pekerja FKR telah menikmati pelbagai aktiviti yang disajikan oleh pihak FKR Malaysia sepanjang percutian selama 4 hari 3 malam di sana.

Hari Pertama:
Semua pengedar mengenakan pakaian baju berkolar FKR yang juga merupakan salah satu tema perjalanan Konvesyen pada tahun ini. Tiba saja di bumi Vietnam, para pengedar dibawa ke restoran untuk makan tengahari bersama-sama. Sesudah itu, kesemua pengedar dibawa pula ke Hoi An, salah satu pusat perdagangan utama di Asia Tenggara pada abad ke-16.

Hoi An juga telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1999. Di sini, para pengedar FKR melakukan lawatan dengan berjalan kaki ke Hoi An Ancient Town yang memberi peluang buat para pengunjung melawat Former Merchants’ Houses, Jambatan Berbumbung Jepun yang berusia 400 tahun.

Hari Kedua:
Usai sarapan pagi, para pengedar dibawa ke ‘Bamboo Boat Station’ untuk merasai pengalaman memancing di dalam sampan atau bot buluh yang berbentuk bulat. 'Kenderaan' ini juga kegunaan harian di kalangan para nelayan tempatan untuk kehidupan mereka. Sesi pengalaman 'Menaiki Boat Buluh' ini mengambil masa kira-kira 30 minit.

Selepas mengambil pengalaman menaiki bot buluh, kesemua pengedar dibawa ke Pasar Han sebelum acara utama pada malam hari kedua. Di Pasar Han, kebanyakan pengedar membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia buat sanak saudara dan sahabat handai.

Untuk acara Konvensyen yang ditunggu-tunggu di mana ia dilakukan pada malam kedua di Hotel Hai An, Danang, Vietnam. Hotel yang bertarafkan 5 Bintang ini dipilih untuk meraikan kesemua pengedar FKR yang telah mencapai sasaran jualan pada tahun 2022. Terdapat enam pengedar yang menerima Platinum Award daripada FKR Marketing Sdn Bhd. Mereka terdiri daripada A.L Liew Trading Sdn.Bhd, Heap Ghee Motors Sdn.Bhd, PG Lee Brothers Enterprise Sdn. Bhd, Wai Sing Tyre distributor Sdn. Bhd, Yes Distributor Sdn.Bhd dan Teck Hin Motor Trading Sdn. Bhd.

Selebihnya iaitu seramai 28 pengedar tayar FKR dan tiga pengedar kasut All America menerima ‘Top Achiever Award’ bagi tahun 2022.

Malam konvensyen di Hotel Hai An, Danang Vietnam disambut penuh meriah dengan selingan aktiviti karaoke bersama pengedar menambahkan keceriaan dan kemeriahan pada malam itu. Kesemua pengedar juga amat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan pada malam konvesyen tersebut.

Pada hari ketiga, kesemua pengedar dibawa ke Gunung Ba Na dengan menaiki Kereta Kabel. Masing masing kelihatan teruja menikmati kereta kabel pertama, yang meraih anugerah dua Guinness World rekod pada tahun 2009; di mana kereta kabel tanpa henti terpanjang (5,042m) dan kabel tanpa henti tertinggi (1,292m). Di atas sana terdapat dua tangan gergasi yang memegang jambatan emas. Jambatan ini dikatakan mempunyai suhu yang sejuk dan reka bentuk yang pelik ini telah menarik perhatian semua lapisan masyarakat. Kini ia telah menjadi tempat pelancongan yang sangat popular di internet dan dikenali sebagai Jambatan Emas.

Selepas mengunjugi Gunung Ba Na, kesemua pengedar FKR dibawa untuk melawati Le Jardin D' Amour. Taman ini mempunyai 9 cerita menarik dibentuk dalam 9 gaya seni bina yang unik; Legend Taman, Taman Mo Spring, Taman Memori, Taman Fikiran, Taman Cinta, Taman Suci, Taman Syurga, Taman Rahsia dan Taman Anggur.

Boleh dikatakan, sepanjang 4 hari 3 malam di Danang, Vietnam, kesemua pengedar amat berpuas hati dan gembira bersama-sama FKR Marketing Sdn Bhd. Masing masing merasa teruja dan tidak sabar untuk perjalanan Konvesyen seterusnya pada tahun hadapan. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).