BSH Hadirkan Dua Warna Baru Honda RS150R
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan dua warna baru untuk Honda RS150R 2023. Model yang tampil dengan warna Mat Gray/Yellow dan Mat Gray/Red ini berada di semua pusat pengedar sah Honda seluruh Malaysia bermula 24hb November 2023.
Dengan kehadiran enjin DOHC 149.2cc, silinder tunggal serta sistem penyejuk cecair sudah tentu RS150R mampu menghasilkan kuasa 11.8kW (15.8hp) pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm. Model ini juga dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan, klac manual dan pacuan rantai untuk menawarkan prestasi tunggangan yang menyeronokkan.
Antara ciri-ciri lain seperti, lampu utama jenis LED, paparan meter digital, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang dan brek-brek jenis cakera.
Honda RS150R ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM8,299 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran) dengan janiman waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Sebarang pertanyaan untuk model ini sila melawat pusat pengedar Honda atau hubungi talian tol bebas Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau di laman sesawang http://www.boonsiewhonda.com.my . RR
Popular