Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 November 2023

CBR650R & CB650R Hadir Ke Pasaran Dengan Warna Baru

Sejak diperkenalkan pada 2019, Honda CB650R Neo Sports Café dan CBR650R telah meraih populariti di kalangan para pencinta motosikal di seluruh negara disebabkan rekabentuknya yang garang serta prestasi tunggangan yang mantap.

Honda CBR650R
Honda CBR650R
Honda CB650R
Honda CB650R

Honda CB650R dan CBR650R dilengkapi dengan enjin 649cc, DOHC 16-injap, EURO 5 yang menghasilkan kuasa hantaran 70kW pada 12,000 rpm dan tork 64Nm pada 8,500 rpm. Kedua-dua model ini juga didatangkan dengan sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem ABS 2 saluran yang memberikan keyakinan dalam setiap keadaan.

CBR650R - Grand Prix Red
CBR650R - Grand Prix Red
CB650R - Mat Jeans Blue Metallic
CB650R - Mat Jeans Blue Metallic

CB650R dan CBR650R turut dipadankan dengan fork Showa jenis terbalik, Separate Function-Big Piston (SSF-BP) 41mm serta soket USB Type-C yang terletak di bawah tempat pelana. duduk dilengkapi untuk kemudahan penunggang.

Kini CB650R hadir dengan warna baru iaitu Candy Chromosphere Red, Mat Jeans Blue Metallic dan Mat Gunpowder Black Metallic. Harga asas untuk model ini ialah RM44,499.

Honda CB650R 'Candy Chromosphere Red' & CBR650R 'Mat Gunpowder Black Metallic'
Honda CB650R 'Candy Chromosphere Red' & CBR650R 'Mat Gunpowder Black Metallic'

Sementara itu, CBR650R 2023 diperbaharui menerusi warna Grand Prix Red dan Mat Gunpowder Black Metallic. Kedua-dua pilihan warna menerima kemas kini visual termasuk enjin serba hitam dan kemasan warna biru pada bahagian tangki, ekor dan fairing. Miliki model ini pada harga asas RM46,499.

CB650R - Mat Gunpowder Black Metallic
CB650R - Mat Gunpowder Black Metallic
Spesifikasi Honda CBR650R
Spesifikasi Honda CBR650R
Spesifikasi Honda CB650R
Spesifikasi Honda CB650R

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh melawat pengedar Honda BigWing atau menghubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993. Anda juga boleh log masuk ke http://www.hondabigbike.com.my. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.