Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 15 November 2023

Honda Gold Wing Tour 2023 Tampil Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) dengan rasminya telah memperkenalkan warna baru untuk Honda Gold Wing Tour 2023. Sejak model ini mendapat pembaharuan pada tahun 2019 dari segi pengurangan berat, saspensi hadapan jenis Double Wishbone serta menggunakan enjin enam silinder baru, Gold Wing Tour merupakan sebuah jentera touring yang mewah, berkualiti dan cukup selesa sekali.

Warna baru yang dilancarkan untuk tahun 2023 itu ialah Graphite Black. Manakala gabungan penutup enjin yang bewarna coklat menjadikan jentera ini kelihatan lebih agresif. Honda Gold Wing Tour didatangkan dengan enjin 1,833cc, enam silinder mendatar 24V yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 93kW pada 5,500rpm dan torknya 170Nm pada 4,500rpm.

Model ini juga dilengkapi dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) bagi mengawal cengkaman roda belakang beserta dengan transmisi 7-kelajuan DCT yang bersesuaian untuk setiap mod tunggangan. Paparan meter jenis TFT 7 inci pula menawarkan pengurusan semua sistem termasuklah Android AutoTM dan Apple CarPlayTM, sambungan Bluetooth dan pengurusan mod tunggangan.

Dengan teknologi Electrically Operated Windscreen, penunggang boleh melaras cermin penghadang angin secara elektrik dengan hanya menekan butang yang terdapat pada bar hendal sebelah kiri. Ciri-ciri lain yang menarik seperti lampu-lampu LED, Hill Start Assist (HAS), Throttle By Wire, tinggi pelana 745mm, sistem suntikan bahan api PGM-Fi dan tangki bahan api 21 liter.

Bagi memudahkan pergerakan ketika kembara, Honda melengkapkan jentera ini dengan kotak belakang berkapasiti 61 liter yang boleh memuatkan dua buah topi keledar fullface. Manakala kotak sisinya hadir dengan kapasiti 60 liter (setiap satu).

Menurut pihak BSH, Honda Gold Wing Tour 2023 ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM210,888 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Para pembeli jentera ini turut menerima waranti kilang selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.