Art Of Wheels 2 - Rim Design Challenge 23/24
Art Of Wheels - Rim Design Challenge, pertandingan rekabentuk rim kembali lagi untuk edisi yang kedua bagi meraikan para seni dan kejuruteraan terbaik dalam industri automotif selepas mencapai kejayaan dalam edisi yang pertama pada 2022.
Art Of Wheels 2 - Rim Design Challenge 23/24 diajurkan oleh Giant Light Metal Technology (M) Sdn Bhd dan My Lives Global Marketing & Event serta mendapat kerjasama eksklusif bersama Tekhne Sdn Bhd bakal menyaksikan pereka-pereka Malaysia dan Antarabangsa. Dalam pertandingan ini, para pereka berpeluang mempamerkan bakat mereka dengan memanfaatkan kepakaran GLMT dalam menghasilkan rim aloi bermutu tinggi, berkualiti dan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.
Pertandingan yang bertujuan memupuk bakat kreativiti ini akan dibahagikan kepada dua fasa. Pada fasa yang pertama selama sebulan, para peserta perlu membuat rekabentuk lengkap dengan lakaran, lukisan teknikal (semua sudut), senarai data, dan mock-up. Fasa dua, bakal menyaksikan para peserta yang layak bakal mengikuti sesi perundingan panel di mana rekabentuk rim mereka akan dikaji oleh pemilik kereta.
Hanya peserta yang layak dalam fasa satu dibenarkan menyertai pertandingan kategori rekabentuk rim motosikal.
Rekabentuk akhir akan dihantar untuk produksi di Kunshan, China kemudian dinilai oleh juri profesional dan pemilik kereta berdasarkan rim sebenar. Pemenang akan diumumkan pada awal tahun 2024.
Juara untuk rekabentuk rim kereta akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan RM2,000. Bagi pemenang saguhati (tempat ke-4 hingga 10) dihadiahkan wang tunai bernilai RM500 setiap seorang.
Untuk pertandingan rekabentuk rim motosikal menawarkan hadia utama bernilai RM3,000. Tempat kedua menerima wang tunai RM2,000 manakala RM1,000 untuk pemenang ditempat ketiga.
Para peserta atau pereka yang berminat menyertai pertandingan Art Of Wheels 2 - Rim Design Challenge 23/24 boleh mendaftar di laman web GLMT di http://www.glmwheels.com. Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM300 setiap peserta. RR