Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Oktober 2023

Yamaha 135LC Fi – Tampil Dengan Warna Serba Baru

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan empat warna baharu untuk Yamaha 135LC Fi 2023. Terdapat dua varian iaitu Standard dan Special Edition (SE). Untuk edisi standard hadir dengan tiga warna antaranya Navy, White dan Cyan. Manakala bagi model edisi istimewa ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Blue.

Yamaha 135LC Fi (SE)

135LC Fi menggunakan enjin silinder tunggal, 4-lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin bertransmisi 4-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 9.3kW pada 8,000rpm dan nilai torknya 12.2Nm pada 6,000rpm.

Antara ciri-ciri yang ada pada model ini adalah brek-brek jenis cakera, sistem suntikan bahan api, kerangka Backbone, saspensi hadapan jenis fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, tinggi pelana 775mm, paparan meter digital, lampu-lampu LED dan tangki bahan api 4.6 liter. Untuk varian edisi istimewa turut disempurnakan dengan Visor Sports dan bakul Premium Yamaha.

Yamaha 135LC Fi 2023 ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM8,298 bagi varian standard, manakala untuk edisi istimewa berharga RM8,798. Kedua-dua harga tanpa insurans dan pendaftaran. Para pembeli jentera ini juga akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

  • Dari Litar

    Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

  • Warta Roda

    Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Artikel berkaitan

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta