Artroniq Bhd & United E-Motor Jalin Kerjasama – Bakal Perkenalkan Skuter Elektrik di Malaysia

Baru-baru ini syarikat pelaburan di Malaysia, Artroniq Bhd telah mengumumkan kerjasama meraka dengan sebuah syarikat motosikal elektirk iaitu United E-Motor yang merupakan anak syarikat pengeluar basikal Indonesia, PT Terang Dunia Internusa (PT TDI).

Kerjasama ini bakal menyaksikan Artroniq Bhd akan membawa masuk motosikal elektrik ke dalam pasaran negara. Pelancaran model-model dari Indonesia ini akan berlangsung di Piazza Aras 3 Pavilion Bukit Jalil pada 21hb Oktober 2023 nanti.

United E-Motor mempunyai sejarah lebih dari 60 tahun di Indonesia. Manakala Artroniq Bhd mempunyai keistimewaan untuk memasang dan mengedar jenama ikonik itu di seluruh negara. Pada hari pelancaran nanti, para pengunjung yag hadir berpeluang untuk menunggang uji dua model siri TX. Motosikal elektrik ini akan hadir dalam tiga model antaranya TX3000 yang merupakan model paling berkuasa dengan laju maksimum 90 km/j, TX1800 dan MX1200.

Artroniq Bhd juga turut akan mengumumkan penubuhan kilang, pusat pemasangan dan kedai konsep pengedar di seluruh Malaysia khususnya di Kuala Lumpur, Penang dan Johor. RR
Popular