Yamaha Ego Avantiz Tampak Lebih Segar
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan empat warna baru bagi model automatik, Yamaha Ego Avantiz. Wajah yang ditampilkan lebih segar, bergaya dan sporty. Warna baru tersebut adalah Merah Cyan, Biru dan Kelabu (dengan kemasan rim berwarna kuning). Avantiz didatangkan dengan enjin bersesaran 125cc, 4-lejang, silinder tunggal, SOHC dengan sistem sejukan udara mampu menawarkan kuasa maksimum 7.0kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm. Model ini hadir dengan sistem suntikan bahan api dan teknologi BLUECORE yang menjanjikan tunggangan selesa, seronok serta penjimatan penggunaan petrol.
Skuter ini ditawarkan pada harga RM5,536 (tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans) dengan jaminan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR
Popular