BMW Motorrad GS Challenge 2023 - Tawarkan Cabaran Off-road
BMW Motorrad Malaysia sekali lagi telah menganjurkan acara sukan lasak permotoran iaitu BMW Motorrad GS Challenge 2023 yang berlangsung di Putrajaya pada 23hb - 24hb September 2023. Acara ini dihadiri lebih daripada 180 orang bagi menguji kemahiran off-road penunggang serta menghimpunkan para pemilik dan peminat BMW Motorrad menerusi semangat GS yang dikongsi bersama.
"Kami amat berbesar hati dapat menganjurkan BMW Motorrad GS Challenge pada tahun ini buat komuniti GS di seluruh Malaysia. Dengan sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas, kami amat teruja dapat melihat kembali para peserta mengamati kebebasan, keghairahan dan semangat pengembaraan dengan menyusuri lalulan-laluan berliku serta mencabar," kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Hans de Visser.
Cabaran ini menyaksikan pelbagai aktiviti untuk menguji kemahiran menunggang dan skill navigasi di simpang liku 'Follow The Trails' yang mencabar sekali. Sepuluh penunggang terbaik pada hari pertama dipilih untuk bersaing pada hari kedua bagi merebut peluang menyertai Kembara 'Follow the Trails' (FTT) yang merupakan sebahagian daripada acara BMW GS Trophy di Namibia yang akan berlangsung pada tahun 2024. Hadiah-hadiah eksklusif daripada penaja tayar rasmi Metzeler turut diberikan kepada 10 Finalis bagi liku tersebut.
Tahniah kepada lima pemenang BMW Motorrad GS Challenge pada tahun ini, Asmawi Bin Ali, Diwaagar A/L Tambychandran, Affendy Syed Omar, Zulkifli Bin Zainal Abidin dan Azlan Shah Bin Ahmad Suhaimi. Para pemenang ini akan bersaing di Kembara FTT Namibia 2024. RR
Popular