Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 November 2019

GIVI BELLA Ride To Pangkor

Pada pertengahan September lalu, satu acara Ride & Camp telah diadakan di Pulau Pangkor, Perak khusus untuk para pencinta motosikal wanita yang kini lebih awesome dengan panggilan GIVI Bella. Seramai 22 orang peserta yang ditemani oleh Duta GIVI, Anita Yusoff telah menyertai acara ini dan ia juga sebagai tanda sokongan kepada Women Riders World Relay.

Majlis perlepasan dimulakan terlebih dahulu dengan penyerahan baton Women Riders World Relay daripada 'Bad Girls Throttle' kepada GIVI Bella. Para peserta kemudiannya berkumpul untuk mendengar taklimat perjalanan dan keselamatan yang diberikan oleh ketua konvoi. Dari Bukit Beruntung, jentera diarahkan ke Jeti Lumut seterusnya ke Pulau Pangkor. Cuaca yang cerah dan langit membiru menceriakan lagi suasana. Para peserta cukup teruja apabila melihat tapak perkhemahan telah siap menanti di persisiran pantai. Selepas berehat, menikmati keindahan pantai dan lautnya yang bersih... masing-masing menjamu selera makan malam sebelum melelapkan mata.

Hari kedua dimulakan dengan senaman aerobik yang diketuai oleh salah seorang GIVI Bella. Aktiviti pada hari itu santai, para peserta mengambil peluang untuk bersiar-siar ke sekeliling pulau dan mengambil gambar kenangan bersamasama. Majlis makan malam terakhir BBQ adalah kemuncaknya. Itulah saat terbaik untuk para peserta berkongsi pengalaman mengembara di dalam dan luar negara. Untuk menghargai pencapaian dan komitmen GIVI Bella, kesemuanya membawa pulang cenderahati yang cukup istimewa.

Secara keseluruhannya, program kedua GIVI Bella ini berlangsung dengan jayanya. Dalam masa yang singkat, para peserta sempat mengenali rakan baru/ lama, semangat sepasukan, keprihatinan terhadap kenalan lama dan semestinya keindahan alam. Semuanya berharap agar ia diteruskan di masa akan datang. RR

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.