Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 20 September 2023

KMSB Motors & Suzuki Motor Perkenalkan AFAZ, Jenama Motosikal Tempatan

KMSB Motors Sdn. Bhd. (KMSB) telah memeterai perjanjian usahasama teknikal dan pembekalan bersama Suzuki Motor Corporation (SMC) Jepun sekaligus memperkenalkan jenama baru motosikal Malaysia iaitu AFAZ.

Majlis bersejarah ini disempurnakan oleh En. Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif KMSB Motors Sdn. Bhd. (AMI) dan Presiden SMC, Toshihiro Suzuki. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman.

Melalui perjanjian ini, Suzuki bersetuju membekalkan komponen penting untuk KMSB bagi pembangunan jentera keluaran AFAZ. Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memangkin industri otomotif dua-roda negara yang merangkumi sejumlah 718,000 buah motosikal yang dipasarkan sepanjang tahun 2022.

Secara langsung ia akan menyumbang kepada keperluan kepakaran industri pembuatan tempatan, memangkin industri vendor, pertumbuhan tenaga kerja, dan pembangunan program industri yang berasaskan teknologi tinggi serta kemahiran yang pastinya memberi impak yang besar kepada pembangunan negara.

Perjanjian ini juga selaras dengan pengumuman Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (atau NIMP 2030) oleh Perdana Menteri pada 1 September 2023. NIMP bakal mendorong Malaysia menjadi pemimpin global dalam pembangunan industri, memperluas jaringan domestik serta memperkuatkan rangkaian nilai global dalam sektor pembuatan.

Pembangunan, Pemasaran & Inovasi (RDCI) tempatan dengan fokus yang jelas terhadap kualiti, prestasi, dan inovasi. AFAZ berhasrat menjadi pemain utama dalam pasaran motosikal tempatan dan sekaligus bersaing di peringkat ASEAN dan global. Dengan menggabungkan pengalaman dan kepakaran 20 kakitangan RDCI, AFAZ berada dalam kedudukan yang baik untuk menarik perhatian peminat motosikal tempatan dan antarabangsa. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.