Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Ogos 2023

Mforce Kini Pengedar Eksklusif MBP Moto di Malaysia

Selain memperkenalkan model-model terbaru dari pelbagai jenama, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd juga turut memperkenalkan jenama baru iaitu Moto Bologna Passione (MBP Moto). Sekali gus menjadikan Mforce kini pengedar ekslusif di Malaysia bagi jenama dari Itali itu.

Moto Bologna Passione atau MBP merupakan sebuah jenama revolusi dalam dunia dua roda yang membawakan inovasi, rekaan dan teknologi terkini. Dengan adanya aplikasi dan sistem yang canggih, MBP Moto menawarkan pengalaman menunggang lebih selamat, selesa dan interaktif buat para peminat. Dari segi kecekapan bahan api sehingga sistem navigasi, setiap model MBP Moto akan membawakan pelbagai ciri teknologi serba canggih untuk menawarkan pengalaman yang terbaik kepada para penunggang.

Di Pamera Kuala Lumpur Bike Show 2023, Mforce juga melangkapkan ruang pameran MBP dengan beberapa model  yang dirancang bakal memasuki pasaran Malaysia. Antara model-model yang dipamerkan ialah MBP C1002V, SC150RE, M502N dan SC150.

Ketua Pegawai Pemasaran MBP Moto, Dante Bustos turut membuat sesi pengenalan jenama MBP di ruang pameran serta berkongsikat serba sedikit tentang kelemahan dan kelebihan pada jenama tersebut. Dengan pengenalan jenama MBP, sedikit sebayak dapat menarik perhatian para pengujung serta memberikan keyakinan kepada pelbagai pihak terhadap jenama baru ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.