Prototaip Triumph Daytona 660 Dijumpai sedang Diuji
"Daytona" merupakan sebuah nama yang amat penting buat jenama motosikal UK, Triumph. Namun, Triumph tidak berapa cenderung untuk menghasilkan model sportbike tersebut kerana mereka melihat segmen sportbike yang telah menjadi kurang popular berbanding dengan motosikal-motosikal adventure serta naked. Oleh itu, mereka hanya menghasilkan Daytona 765 Moto2 edisi terhad kali terakhirnya pada 2019. Tetapi nampaknya Daytona akan kembali apabila prototaipnya diintip sedang menjalankan ujian jalanan.
Namun ia bukanlah Daytona 765, sebaliknya ia Daytona 660. Itu merupakan enjin tiga silinder yang digunakan di dalam model Tiger Sport 660 dan Trident 660. Enjin 765cc yang digunakan oleh model Street Triple 765 RS menghasilkan 128hp dan 80Nm, manakala enjin 660cc pula 81hp dan 64Nm. Angka-angka prestasi ini akan meletakkan Daytona 660 sebagai sportbike tahap masukan (entry level) dan juga sebagai "sportbike harian," seperti Yamaha YZF-R7 yang berkongsi enjin dengan MT-07, Honda CBR650R, Kawasaki Ninja 650, Suzuki GSX-8S. Enjin kesemua model ini menghasilkan di antara 70-80hp.
Gambar-gambar intipan ini menunjukkan rekabentuk lampu depan yang tajam dan menarik, seperti juga Tiger Sport 660. Terdapat juga gambar yang menampakkan panel meter TFT yang seperti terdapat pada Tiger Sport 660, berbanding dengan jenis bulat pada Trident 660.
Posisi menunggangnya juga kelihatan lebih santai berbanding dengan model Daytona yang lebih sporty. Fork depannya merupakan Showa SFF (Separate Function Fork) jenis terbalik dan monoshok belakang yang boleh dilaras prabeban spring.
Bagi pengetahuan anda, top box yang dipasang di belakng motosikal diisi dengan peralatan elektronik bagi merakan segala data hasil ujian.
Kami bersama penggemar-penggemar Triumph yang lain sangat mengalu-ngalukan kedatangan model ini!