Yamaha Y15ZR SE Lebih Sporty Dengan AERO KIT
Model model popular, Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) hadir ke pasaran dengan kemasan warna terbaru yang lebih menyerlah dan AERO KIT eksklusif agar tampak lebih sporty. AERO KIT itu merangkumi aksesori di bahagian visor hadapan, 'air scoop' di sisi fairing hadapan dan belakang.
Dengan prestasi enjin yang mantap dan aksesori tambahan serba baru, jentera Y15ZR akan terus menjadi pilihan para peminat moped di seluruh negara. Yamaha Y15ZR atau Ysuku ini didatangkan dengan enjin 150cc, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal, Euro 4 yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 11.6kW pada 8,500rpm dan tork 14.4Nm pada 6,500rpm.
Y15ZR SE sudah pun berada di para pengedar sah Yamaha bermula 15 Ogos 2023 dan ditawarkan pada harga asas yang disyorkan RM9,498. Dengan setiap pembelian model ini, para pemiliknya akan menerima pengunci brek cakera yang bernilai RM100. RR
Popular