Yamaha Lifestyle Station Tawar Pengalaman Berbeza Buat Para Pelanggan
Bersempena dengan perayaan ulang tahun ke-40, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah merasmikan Yamaha Lifestyle Station yang beroperasi di Kompleks Hong Leong Yamaha, Lot 57 Persiaran Bukit Rahman Putra 3, 47000 Sg Buloh, Selangor pada pertengahan Oktober lalu. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor yang ditemani oleh Pengurus Besar Pemasaran, En. Hoo Wan Tim.
Dengan keluasan 13,000 kaki persegi, Yamaha Lifestyle Station merupakan pusat komunikasi terkini daripada HLYM bagi mempamerkan setiap produk keluarannya baru dan lama, memberikan keyakinan buat para pelanggan menerusi ruang servis lebih baik, pusat latihan korporat & pendidikan, berkongsikan kemerduan alat muzik Yamaha terkini dan ruang kafe yang menarik.
Demi kepuasan para pelanggannya, projek Yamaha Lifestyle Station dibahagikan kepada dua fasa yang kesemuanya berhawa dingin. Fasa pertama ialah menerusi ruang pameran dan pusat servis baru yang direka dengan cukup menarik. Pusat servis baru ini terdiri daripada 15 ruang kerja yang lengkap dengan bike lifter, ruang menunggu pula berhawa dingin sepenuhnya yang disambungkan terus dengan Gen Blu Café. Pelbagai menu yang lazat ditawarkan seperti YSuku Teriyaki Chicken, Nasi Lemak Ayam Berempah, Mee Kari, Mee Sup, Jasmine Rice Ikan Pari, Pasta, pelbagai minuman menarik dan banyak lagi untuk kakitangan, para pelanggan dan orang awam pada harga yang berpatutan.
Turut menanti para pelanggan dan tetamu Yamaha ialah ruang muzik yang lengkap dengan alatan muzik Yamaha, ruang pakaian, ruang outdoor dan ruang pameran jentera Yamaha yang disempurnakan dengan modelmodel sedia ada dan terbaru serta beberapa buah jentera perlumbaan yang memiliki sejarah cukup hebat.
Bahagian atas menempatkan Yamaha Malaysia Education & Training Academy (META) yang dikhususkan untuk latihan dalaman bagi mempertingkatkan kemahiran teknikal kakitangan HLYM dan para pengedar Yamaha. HLYM turut menerapkan nilai-nilai murni buat para pelanggannya menerusi ruang latihan tunggangan dan penyelenggaraan motosikal.
Kejayaan perlaksanaan Yamaha Lifestyle Station ini adalah hasil kecintaan HLYM terhadap dunia dua roda disamping perkongsian minat bersama HLY Marine, Yamaha Music Malaysia, Hong Leong Bank dan lain-lain. Yamaha Lifestyle Station beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Gen Blu Cafe dan Yamaha Apparels 8.30 pagi hingga 4.30 petang manakala pusat servis dibuka pada jam 9.00pagi hingga 5.00 petang. Ayuh kita ke sana! RR
Popular