Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Mei 2014

KTM 390 DUKE BATTLE 2014 Memeriahkan Lagi Sukan Permotoran Negara

Sebagai pengeluar motosikal yang prihatin dalam pembangunan jentera dan para penunggang motosikal, KTM Malaysia CKD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta pihak Motorsport Association of Malaysia (MAM) akan menganjurkan satu perlumbaan khas KTM 390 Duke Battle yang dijalankan bersama Kejohanan Kapcai Endurance pada sepanjang tahun ini.

Dari kiri: En. Muhd Zamry Abu Samah (Pengurus Besar Eurotech Wheel Distributor), Cik Kamalia Khazin (Duta KTM CKD) & En. Philipp Moeller mempamerkan mesin perlumbaan yang digunakan dalam perlumbaan

“Tujuan utama penganjuran ini ialah untuk membendung gejala ‘Mat Rempit’, membantu pihak kementerian mempelbagaikan aktiviti sukan motor, mengenalpasti bakat-bakat muda, meningkatkan jati diri para remaja dan juga pendedahan kepakaran dalam dunia perlumbaan motosikal,” kata Pengurus Besar Eurotech Wheel Distributor Sdn Bhd, En. Muhd Zamry Abu Samah.

Hampir RM1.5 juta dibelanjakan bagi melaksanakan perlumbaan ini iaitu dengan menyediakan 18 unit motosikal KTM 390 Duke, sut perlumbaan yang lengkap, alat-alat ganti, khidmat pakar jurutera dan mekanik serta langkah-langkah promosi. Perlumbaan ini dibuka untuk semua pengguna motosikal yang berumur 18 hingga 40 tahun dan beberapa syarat yang boleh didapati di laman sesawang: http://dukebattle.ktmmalaysiackd.com/.

Sebanyak lapan pusingan dengan 15 pelumba akan mencuba nasib mendapat kedudukan terbaik kerana hanya dua pemenang setiap pusingan layak menempah tempat ke pusingan terakhir. Bagi pemenang tempat ketiga dan seterusnya, mereka boleh mencuba nasib pada pusingan berikutnya. Pusingan pertama telah diadakan di Melaka pada 19-20 April lalu. RR

Isu Pada

Mei 2014

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.