Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2023

Lebih 65,000 Pengunjung Banjiri Art Of Speed 2023

Art Of Speed Malaysia (AOS) telah kembali lagi pada tahun ini di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 29hb & 30hb Julai 2023. Acara ini merupakan tempat berkumpulnya para pencinta dunia dua roda mahupun empat roda untuk mempamerkan pelbagai kreativiti masing-masing. Festival Old-Skool & Kustom Kulture terulung di Malaysia ini terus menambat hati para peminat Kustom Kulture dengan merekod kehadiran lebih daripada 65,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pameran kenderaan kustom dari negara luar merupakan tarikan utama di AOS 2023. Antara kenderaan yang dibawa adalah dua buah Harley-Davidson Chopper oleh Wild Road Choppers (Jepun) dan Cosmic Chopper City (Jepun) yang masing-masing dari tahun 1941 dan 2020 serta sebuah jentera kustom empat roda iaitu Volkswagen Type2 Safari 1959 oleh Side Yakotani yang juga dari Jepun.

En. Asep Ahmad 'kiri' bersama En. Julian Choo.
En. Asep Ahmad 'kiri' bersama En. Julian Choo.

Art Of Speed juga turut menjemput tetamu-tetamu dari komuniti kustom sera media antarabangsa, antaranya “Sunny” Yano & Hiro “Wildman” Ishii (MOONEYES), Rough Craft (Taiwan), Kustomstyle (Jepun), Joints Custom Show (Jepun), 2 Percenter (Jepun), Vibes magazine (Jepun), Roller magazine (Jepun), Weller magazine (Jepun), Old Coin Company (Jepun), Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com (Global), Alexander Iain dari Speedhunters.com (Global), Ya Seat (Thailand), Mow (Australia), Choppajoop (Singapura), Hisa Artes 66 Paintlab dari Indonesia (kumpulan 15 artis pinstripe), Fahmi Freeflow (Indonesia), Irvine Jasta (Indonesia), Cherry Bomb Pin-Up Parlour (Singapura), Bangkok Hot Rod Show (Thailand), Kustomfest (Indonesia), Borneo Kustom Show (Brunei), BBQ Ride (Indonesia), Wicked Wallop (Singapura), 645 magazine (Indonesia), Mill Art (Indonesia), Ignite magazine (Thailand), Dinggo Company (Indonesia) dan Von Dutch (Indonesia).

Penampilan Hot Wheels pada tahun ini ternyata lebih mantap di mana Dewan B menyaksikan acara "Official Hot Wheels Collector Convention' yang pertama di Asia Tenggara. Turut hadir di AOS 2023 ialah pereka handalan Hot Wheels dari Amerika Syarikat, Matt Gabe. Antara aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan di Dewan B adalah Hot Wheels Rare & Collectibles Exhibition, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, sesi soaljawab bersama pengumpul Hot Wheels, Hot Wheels Kustom Competition dan banyak lagi

Pereka handalan Hot Wheels, Matt gabe.
Pereka handalan Hot Wheels, Matt gabe.

Selain itu, buat pertama kalinya pertandingan Hot Wheels Legend Tour Malaysia disiarkan secara realiti di AOS 2023. Pemenang untuk acara ini akan mewakili Malaysia di pentas dunia. Tahniah buat Mohd Shahlan bin Mohd Nasir dengan Proton Arena miliknya yang telah diubahsuai dipilih oleh para juri sebagai pemenang, sekaligus akan mewakili negara di peringkat akhir.

Turut diperkenalkan acara Miss Art Of Speed 2023 yang ditaja oleh Cherry Bomb Pin-Up Parlour. Seramai tujuh orang peserta wanita yang bertanding untuk merebut gelaran ratu Pin-Up. Tahniah buat pemenang Miss AOS 2023, Cik Fathmanny.

Kolaborasi antara Art Of Speed dan VANS menyaksikan dua model kasut edisi khas dan sebuah buku kulit yang bertemakan 10 Tahun Art Of Speed. Terdapat juga kolaborasi bersama yang lain berbentuk barangan serta rakan-rakan seperti Hikari Riders, IGL Coating Skillo, Thread Division dan Mooneyes.

Pada tahun ini, Kustom & Koffee anjuran Daniel Malek dari NoEqual.co dan ahli panel luar negara, Winston Yeh dari Rough Craft, Taiwan serta Jap Loh dari Wicked Wallop membincangkan tentang industri permotoran semasa.

Antara aktiviti lain yang dijalankan di AOS 2023 termasuk NoEqual.co's NEAT Fest (Dewan C) mempamerkan kereta-kereta lumba bersejarah yang terilih diseluruh Malaysia, gaya hidup dan perkhemahan iaitu Off The Grid (Dewan C), Hail Vintage (Dewan D) yang menampilkan pameran pakaian dan barangan vintaj, Bazar Fesyen Streetware Con (Dewan D), Show & Shine (Dewan A), Perhimpunan Dua Roda & Festival oleh Retro Mania (Royal Rumble 2023), La Cultura - Malaysia's Chicano Culture Appreciation Gathering (merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo & Chicano, tarian & DJ), pelancaran pelbagai produk di pentas utama, 'Flea Market' automotif, Tapak Makanan dengan Food Truck yang disediakan di kawasan terlindung bawah Dewan D dan zon tunggang uji untuk motosikal Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph serta Harley-Davidson.

Festival SoundCircus dijana oleh Harley-Davidson dan BRO ASIA merupakan tarikan utama seiring AOS 2023. Barisan kugiran Festival SoundCircus menampilkan Superman Is Dead dari Bali Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Sindicate. Pemenang Battle Of The Band anjuran Harley-Davidson ialah Chltpdy dan akan ditaja oleh H-D untuk melakukan persembahan di festival luar negara.

Hadiah berupa sebuah ZEUS e-bike telah dimenangi oleh Norilah Mohd Norzi.
Hadiah berupa sebuah ZEUS e-bike telah dimenangi oleh Norilah Mohd Norzi.
Pemenang cabuat bertuah pada hari Ahad, Rizal Bin Azman 'kiri' membawa pulang Toyota Celica 1979.
Pemenang cabuat bertuah pada hari Ahad, Rizal Bin Azman 'kiri' membawa pulang Toyota Celica 1979.

Pengujung turut diberi peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari Sabtu, hadiah berupa sebuah ZEUS e-bike telah dimenangi oleh Norilah Mohd Norzi dari Johor Bahru. Untuk hari Ahad pula hadiah yang ditawarkan adalah sebuah kereta Toyota Celica (1979) diubahsuai oleh Art Of Speed Malaysia (AOSM) menjadi milik Rizal Bin Azman dari Perak. Manakala hadiah untuk cabtuan bertuah kedua untuk tiket dalah talian merupakan sebuah motosikal Honda e-Dax yang dibawa pulang oleh Nor Adilah Bt Not Hashimi dari Kedah.

Bagi pemenang utama Best & Show untuk kereta dan motosikal memenangi pakej percutian sebagai tetamu khas ke Mooneyes Yokohama Hotrod & Kustom Show edisi ke-31. RR

Berikut merupakan senarai pemenang setiap kategori di Art Of Speed 2023:

  • BEST OF MEGA CAR & MOTORCYCLE CLUB GATHERING
    Pemenang :  BWB
  • BEST MARKETPLACE
    Pemenang :  ADIPATI BERTIGA
  • BEST DISPLAY CAR
    Pemenang :  ZAIM B ROSLI
  • BEST DISPLAY MOTORCYCLE
    Pemenang :  NO DIE CYCLES

Best Of Show Automobile

  • MOHD EKZAL – UMD GARAGE, HONDA CIVIC (MALAYSIA)

Best Of Show Motorcycle

  • FAIZAL REZA, SHOVELHEAD 1975 (MALAYSIA)

Invited Guest Pick

  1. MOONEYES, SIDE YOKO & KUSTOMSTYLE PICK
    Pemenang: FADERI
  2. BANGKOK HOT ROD & MOONEYES BANGKOK PICK
    Pemenang: ALIF/GIMME SHELTER
  3. WILD ROAD CHOPPERS, RETURN OF THE CAFE RACER & IGNITE BKK PICK
    Pemenang: THE RUSTY FACTORY 4     
  4. COSMIC CHOPPERS, OLD COIN COMPANY & ROUGH CRAFT PICK
    Pemenang: NO DIE CYCLES 5     
  5. WELLER MAGAZINE PICK
    Pemenang: MUHAMMAD FAUZI BIN HASSAN 6    
  6. 2 PERCENTER JAPAN PICK
    Pemenang: BURAGAS CYCLES 7     
  7. SPEEDHUNTERS PICK
    Pemenang: HAYASHI 86 AE86 TRUENO 8     
  8. YASEATCUSTOM, JOINTS KUSTOM SHOW, GEARHEADZ TRAVEL & BBQ RIDE PICK
    Pemenang: REMY/GIMME SHELTER 9     
  9. ROLLER MAGAZINE PICK
    Pemenang: PA’DIN MUSA - PANHEAD
  10. VIBES MAGAZINE PICK
    Pemenang: EARTH MU- OVEN CHOPPER THAILAND 11   
  11. MILL ART PICK
    Pemenang: NASIR MORNI
  12. WICKED WALLOP PICK
    Pemenang: ANDREW POH    
  13. KUSTOMFEST PICK
    Pemenang: TWO PRO GARAGE 14    
  14. BORNEO KUSTOMSHOW PICK
    Pemenang: AZIZAN ABDUL RAHIM CHAOS CUSTOM

Partner Pick

  1. BRO ASIA PICK
    Pemenang: CADILLAC COUPE DE VILLE 1967
  2. HOT WHEELS PICK
    Pemenang: RWB ISMAIL IBRAHIM
  3. HARLEY-DAVIDSON ASIA EMERGING MARKET PICK
    Pemenang: ASWAD KHAWARIE
  4. HAUSBOOM PICK
    Pemenang: JOHAN ARIFF
  5. HIKARI RIDERS PICK
    Pemenang: NASIR MORNI
  6. IGL COATINGS PICK
    Pemenang: EV CUSTOM
  7. ROYAL ENFIELD PICK
    Pemenang: NO DIE CYCLES
  8. APRILIA PICK
    Pemenang: MOHD SALEHUDDIN BIN MOHD NASARUDDIN
  9. VESPA PICK
    Pemenang: MOHD JOHANIFF BIN MOHD SUHAIMI
  10. TRIUMPH PICK
    Pemenang: THE RUSTY FACTORY
  11. SAMURAI 2K AEROSOL SDN BHD PICK
    Pemenang: EDDY GINO
  12. NO EQUAL PICK
    Pemenang: MOHD EKZAL – UMD GARAGE

Pemenang AOS2023 Show & Shine

LOWRIDER CATEGORY

  1. BEST OF BMX
    Pemenang : YUSADIANTO MOHD NOR
  2. BEST OF LOWRIDER - 12", 16" & 20"
    Pemenang : MOHD HISHAM X ENERGYCAM
  3. BEST OF LOWRIDER -  24", 26" & OPEN
    Pemenang : AIZAD ZAKARI

AUTOMOBILE

  1. BEST OF 4 X 4
    Pemenang: ABDUL TALIB BIN SUDIN
  2. BEST OF CLASSIC JDM PRE 1992
    Pemenang: LIM WAI HONG
  3. BEST OF CLASSIC PICKUP
    Pemenang: IDHINAN JOEY MEPOKEE
  4. BEST OF JAPANESE (CLASSIC)
    Pemenang: AMIN – NISSAN SKYLINE KGC10
  5. BEST OF K CAR
    Pemenang: HAIQAL QUSYAIRI
  6. BEST OF MODERN ABOVE 2004
    Pemenang: MUHAMMAD NOOR HASBULLAH
  7. BEST OF MODERN CLASSIC JDM POST 1992-2004
    Pemenang: MOHD EKZAL –  UMD GARAGE
  8. BEST OF MODERN EURO
    Pemenang: NATHANIAL NG ZHI YONG
  9. BEST OF NATIONAL HEROES
    Pemenang: NAROCK
  10. BEST OF RACE CAR
    Pemenang: MUHAMMAD ISYALZUDDIN – SATRIA NEO
  11. BEST OF RADIKAL (CLASSIC & MODERN)
    Pemenang: EIADYWAN B SAKRONI
  12. BEST OF STANCE
    Pemenang: MUHAMMAD FARHAN
  13. BEST OF USA/MUSCLE
    Pemenang:  FAROIB ISMAIL
  14. BEST OF VW BUS
    Pemenang: SAF
  15. BEST OF WAGON
    Pemenang: ABIE
  16. BEST OF VW BEETLE
    Pemenang: FADERI
  17. BEST OF VW AIR-COOLED RESTOMOD
    Pemenang: FADERI
  18. BEST OF RESTOMOD (HIGHLIGHT)
    Pemenang: ZAIM B ROSLI
  19. BEST PAINT
    Pemenang: WAN IBRAHIM WAN HASSAN
  20. BEST ENGINE BAY
    Pemenang: MOHD EKZAL – UMD GARAGE
  21. BEST INTERIOR
    Pemenang: MOHD EKZAL – UMD GARAGE
  22. BEST LOWERED
    Pemenang: FONG LIH JIE
  23. BEST RIM SET
    Pemenang: ANDREW POH
  24. BEST LIFTED
    Pemenang: MOHD HIZRI ALIFF
  25. BEST ENGINEERING
    Pemenang: FAROIB
  26. BEST FABRICATION
    Pemenang: ABDUL JALIL B ABDUL
  27. BEST LIVERY DESIGN
    Pemenang: BWB – TOYOTA COROLLA KE25

MOTORCYCLE

  1. BEST OF CAFE RACER ATAS 401CC
    Pemenang: YUNG – GIMME SHELTER
  2. BEST OF CAFE RACER BAWAH 400CC
    Pemenang: MUHAMMAD FARITADIL BAINOL JAMAL
  3. BEST OF CHOPPER ATAS 401CC
    Pemenang: ALIEF – GIMME SHELTER
  4. BEST OF CHOPPER BAWAH 400CC
    Pemenang: PAAN JEWA LUKHA
  5. BEST OF CLUB STYLE
    Pemenang: JOHAN ARIFF B MOHD YASIN
  6. BEST OF CUSTOM STREET BIKE/MOPED
    Pemenang: PANG CHIN HUI
  7. BEST OF JAP STYLE & TRACKER BAWAH 400CC
    Pemenang: JONTOE CYCLES
  8. BEST OF MODERN SCOOTER
    Pemenang: FDS AIRBRUSH
  9. BEST OF MODIFIED HARLEY-DAVIDSON
    Pemenang: NO DIE CYCLES
  10. BEST OF RESTORED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN
    Pemenang: HUSIN B HJ A. SAMAD
  11. BEST OF LAMBRETTA
    Pemenang: MOHD HANAFI B ISMAIL
  12. BEST OF RESTORED RETRO JAPANESE 2 STROKE
    Pemenang: MUHAMAD HAFIZUDDIN MAZLAN
  13. BEST OF RESTORED RETRO JAPANESE 4 STROKE
    Pemenang: NIK
  14. BEST OF LIFESTYLE CUB (HIGHLIGHT)
    Pemenang: THE RUSTY FACTORY
  15. BEST OF OPEN CLASS
    Pemenang: AZHARUZZAMAN B BAHRUDIN
  16. BEST PAINT
    Pemenang: DEEP
  17. BEST LIVERY DESIGN
    Pemenang: NASIR MORNI
  18. BEST FABRICATION
    Pemenang: THE RUSTY FACTORY
  19. BEST TANK DESIGN
    Pemenang: DEWA – GIMME SHELTER  
Isu Pada

September 2023

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.