Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2019

Queen Rider Malaysia Sahut Cabaran Acara Ripple Relay Malaysia

Tanggal 27 Julai telah dipilih untuk merealisasikan impian para pencinta motosikal dari Queen Rider Malaysia (QRM) menakluki Johor dengan penyerahan baton Ripple Relay Malaysia kepada Lady Bikers Johor (LBJ). Perjalanan penuh erti itu bermula di Putrajaya dengan penyerahan awal baton dari rakan motosikal Momxys MG kepada wakil QRM.

Majlis perlepasan pada pagi tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perlaksanaan & Program JKJR, En Mohammad Fakhri Mansor. Konvoi ke Johor yang diketuai oleh Sis Rider Biru ini telah disertai oleh 19 orang penunggang dan dua pembonceng. Untuk menjaga kelancaran dan keselamatan para peserta, konvoi telah dikawal oleh beberapa orang penunggang cukup berpengalaman seperti Sis Curahan Rasa, Sis Jue Manja, Sis Fiena Ariena dan Sis Sya Ain.

QRM juga sangat bertuah kerana konvoi tersebut turut disertai oleh Duta Ripple Relay Malaysia, Sis Tina Sharman.

Antara tempat-tempat menarik yang dikunjungi sepanjang perjalanan ialah Terowong Naga (Fortune Dragon), Restoran Kari Kambing 40 Hari, Laman Mahkota Istana Bukit Serene untuk sesi serahan baton kepada Lady Bikers Johor Bahru dan Cafe Stadium JDT untuk bertukar-tukar cenderahati sesama LBJ dan QRM. Pada jam 11.00 malam, para peserta pulang dan bermalam di Ariana Hotel, Johor Bahru.

Hari Kedua (28/7/2019)
Pada pagi tersebut, masing-masing sudah tidak sabar-sabar lagi ke Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulai untuk membeli belah dan menikmati makan tengahari. Memang seronok kerana ada macam-macam jenis coklat dan barangan berjenama dijual di situ. Kebanyakan para peserta sekadar 'mencuci mata' dan membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Setibanya di Railway Station Kopi Kluang, QRM telah disambut sekali lagi oleh LBJ untuk minum petang dan majlis suai kenal. Memang meriah kerana semuanya berkongsi minat yang sama. Masing-masing bercerita tentang pengalaman pengembaraan atau ride di luar negara. Inilah peluang terbaik buat semua mendapat tips dan panduan daripada rakan-rakan yang lebih berpengalaman agar pengembaraan di negara jiran lebih selamat.

Lebih kurang jam 7.00 malam, konvoi bertolak pulang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja hujan mulai reda. Dengan disiplin yang tinggi dan pengalaman luas para peserta, perjalanan pulang cukup teratur dan kemas. Tahniah diucapkan!

Perjalanan kemudian berhenti seketika di R&R Seremban pada jam 10.30 malam. Terasa teruja bercampur sedih apabila konvoi terpaksa berpecah menghala ke destinasi masing-masing.  Sememangnya perjalanan tersebut telah memberikan 1001 pengalaman manis buat semua dan berharap semoga dapat bertemu lagi di konvoi akan datang.


Bagi rakan-rakan yang berminat untuk turut serta bersama pencinta motosikal dari Queen Riders Malaysia, jangan malu-malu untuk 'Like' dan 'Follow' FB & IG – Queen Riders Malaysia. RR

- Rider Biru

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.