Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 24 Julai 2023

GIVI Rimba Raid Taman Negara 2023 Masuki Edisi Kelapan - Terima Penyertaan Dari 25 Negara!

Rimba Adventures Sdn Bhd telah melancarkan acara motosikal lasak GIVI Rimba Raid Taman Negara 2023 yang memasuki edisi kelapan bersempena hari pengambilan 'racer's kit' oleh para peserta dan pengenalan 6 pasukan lumba tempatan pada Sabtu kelmarin. Acara terkemuka di Malaysia ini bakal berlangsung di Taman Negara kuala Tahan, Pahang pada 31 Ogos hingga 2 September 2023.

Menurut Pengarah Rimba Adventures Sdn Bhd, Dato' Capt (B) Nik Huzlan Nik Hussein, jumlah penyertaan pada kali ini disertai seramai 270 orang peserta daripada 25 negara termasuk Malaysia yang merangkumi 219 penyertaan berkumpulan dan 51 penyertaan secara individu.

Penyertaan peserta dari luar negara pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan dan melebihi daripada penyertaan peserta tempatan yang seramai 131 orang. Lebih menarik lagi, seramai 20 orang peserta wanita turut serta mengambil bahagian yang melibatkan enam negara. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu MasterClass A, Class B dan Class C.

Selain itu, acara motosikal lasak yang melibatkan pelbagai jenis dan jenama motosikal akan melalui jarak perlumbaan sejauh 220 kilometer di dalam Hutan Kuala Tahan. Para peserta perlu mengharungi pelbagai cabaran sepanjang laluan termasuklah "Bukit Tobat", Tebing Pasir Tembeling, 'Cerun Neraka" dan "Gate of Despair". Pada tahun lalu, hanya 40% sahaja daripada 242 peserta yang berjaya melengkapkan perlumbaan mereka. RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.