Prototaip Aprilia RS440 Ditemui Menjalankan Ujian Atas Jalan
Sebagai peminat motosikal sport, penulis ini amat menunggu kedatangan Aprilia RS660 pada ketika itu. Namun, dia mendapati tidak cukup bajet untuk motosikal itu. Tetapi semangat itu dimarakkan sekali lagi apabila prototaip Aprilia RS440 dilaporkan sendang menjalani ujian jalanan.
Prototaip model baharu ini mirip RS660 secara sekali pandang tetapi terdapat beberapa perbezaan jika dilihat dengan lebih dekat lagi. Satunya ialah penggunaan cakera brek tunggal di depan, berbanding dengan model yang lebih besar. Ia juga merupakan jenis full-floating yang berbeza dengan model RS125. Selain daripada itu, penutup kotak gear di sebelah kanannya amat berbeza dengan mana-mana motosikal Aprilia.
Gambar dari laman Facebook IamaBiker
Kerangkanya kelihatan sama dengan RS660 tetapi ia pastinya berbeza jika diteliti dengan lebih dekat lagi. Apapun, kerangka bagi RS440 yang siap nanti berkemungkinan besar akan merupakan jenis yang sama dengan lengan ayun banana yang melengkung.
Badan prototaip ini kelihatan diambil terus daripada RS660 jadi model yang final nanti mestilah mempunyai rekabentuk yang agak sama tetapi ada ciri-cirinya yang tersendiri. Model RS660 menggunakan beberapa ciri rekabentuk RSV4 tetapi ia tetap boleh dibezakan daripada model yang lebih besar itu.
Aprilia belum mendedahkan spesifikasi motosikal baharu ini (enjin silinder tunggal?). Mereka juga belum mengumumkan bila ia akan dilancarkan. Apapun, kami menjangkakan kemunculan Tuono 440 dan Tuareg 440 sejurus selepas itu.