Program Jaminan Waranti 2 Tahun Dengan Jarak Perjalanan Tanpa Had Untuk Semua Model Kawasaki
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah menawarkan program jaminan 2 tahun dengan jarak perjalanan tanpa had untuk semua jentera Kawasaki termasuklah model yang dijenamakan semula sebagai Modenas dari 250cc hingga 1000cc. Program waranti ini berkuatkuasa untuk model-model yang didaftarkan bermula 1 Julai 2023.
Menurut pihak EMOS, program waranti terbaru ini menggantikan waranti sebelum ini iaitu 2 tahun atau 20,000 kilimeter (yang mana terdahulu). Melalui program jaminan 2 tahun dengan jarak perjalanan tanpa had ini, pemilik kini boleh menikmati prestasi sebenar jentera Kawasaki tanpa ragu-ragu.
Program jaminan ini akan datang sebagai piawaian standard:
- Kawasaki menjamin setiap produk terbarunya bebas daripada kecacatan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh asal jualan oleh pengedar kawasaki yang sah.
- Terma dan syarat sama bakal dikenakan keoada pemilik baru, jaminan tamat dalam semua kes selepas tempoh tertentu dari tarikh jualan kepada pembeli asal.
- Produk Kawasaki berprestasi terbaik dengan penyelengaraan dan servis biasa, setiap model mempunyai jadual penyelengaraan yang direka untuk memastikan ianya beroperasi pada tahap yang optimum. Pihak EMOS mengesyorkan bahawa jentera diselengara oleh pengedar Kawasaki yang sah.
Selain itu, perkhidmatan bantuan 24/7 juga akan ditawarkan dalam program ini dengan terma dan syarat sama seperti jamnan pemgilang dan hendaklah kekal bersama motosikal apabia dijual atau dipindahkan ke atas pemilik yang baharu.
"Dengan menghapuskan sekatan jarak perjalanan daripada jaminan waranti sedia ada, pengguna jenama Kawasaki dapat menikmati pengalaman tunggangan dengan bebas dan tenang. Program ini juga merupakan keyakinan buat MODENAS untuk semua pelanggan terhadap kualiti produknya. Para pemilik juga perlu mengikut jadual servis di pusat servis atau pengedar Kawasaki/Modenas yang sah bagi mengelakkan jaminan daripada terbatal," kata En. Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.
Untuk sebarang pertanyaan boleh layari laman web rasmi Kawasaki Malaysia di http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi talian bebas tol: 1-800-880-008 atau WhatsApp pada nombor Careline: 019-570 8135. RR
Popular