Bilik Pameran Baru Bike Empire
Superbike Motortrade International Sdn Bhd (SMI) telah memperkenalkan satu jenis konsep perniagaan ‘Pusat Henti’ (RnR) bagi para penunggang motosikal, terutama bagi motosikal berkuasa tinggi di Taipan 2, Ara Damansara Petaling Jaya.
Motorcycle Mega Life Style memberikan satu pengalaman baru kepada para penunggang dan pengunjung, yang mana ia bukan sahaja pusat penjualan motosikal bagi beberapa jenama utama, malah turut menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pusat servis dan baik pulih motosikal, penjualan aksessori, Café, Spa Motosikal dan juga tempat istirehat bagi penunggang dan pengunjung.
Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan bersama Dato’ SM Zulkifli SM Amin, Pengerusi Eksekutif SMI dan beberapa jemputan terhormat telah merasmikan pembukaan SMI Showroom atau lebih dikenali dengan nama Bike Empire Motorsport. Di majlis ini, Bike Empire Motorsport juga telah mendapat pengiktirafan daripada En. Stanley Ho dari KTM selaku gedung jualan sah jenama KTM yang berdaftar.
Selain beberapa promosi jualan motosikal, servis dan alat ganti, SMI juga mensasarkan penubuhan tujuh buah cawangan keseluruhan bagi tahun 2014 ini. SMI telah berjaya mewujudkan sebuah anak syarikat “retail” iaitu Bike Empire Sdn Bhd (Bike Empire) yang mana syarikat ini adalah khusus untuk penjualan peralatan aksesori motosikal Harley Davidson. Bike Empire juga telah dilantik sebagai pengedar tunggal untuk motosikal CKD jenama Cleveland dari Amerika Syarikat dan juga produk barangan seperti Ruby Helmet dan Ugly Bros Riding Jeans.
SMI tidak saja memfokuskan perniagaan kepada jualan motosikal sahaja malah mengorak langkah dengan penubuhan syarikat agen pelancongan yang diberi nama MyExplorer Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan dengan bertujuan untuk mempermudahkan segala urusan pelancongan luar mahu pun di dalam negara khususnya kepada para penunggang motosikal yang dikenali sebagai “Two Wheel Tourism.”RR
Popular