Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2014

Pasukan Drive M7 Aspar Bakal Harumkan Nama Malaysia

Selepas beberapa syarikat tempatan tampil untuk menaja pasukan motosikal yang beraksi di dalam perlumbaan antarabangsa, kini hadir lagi sebuah syarikat tempatan Drive M7 Sdn Bhd menjadi penaja rasmi pasukan Aspar yang bakal berlumba dalam MotoGP yang diwakili oleh dua pelumba ternama iaitu Nicky Hayden dan Hiroshi Aoyama. Turut bekerjasama dengan Drive M7 Sdn Bhd ialah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan tujuan untuk memperkenalkan nama negara kesemua 19 lokasi perlumbaan yang diadakan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz (ketiga dari kanan) melancarkan Pasukan Drive M7 Aspar.

“Dengan gandingan dua bekas juara dunia Nicky Hayden dan Aoyama, saya yakin pasukan Drive M7 Aspar akan berupaya memberi saingan dan memburu kejuaraan pada musim ini. Dengan menyertai perlumbaan MotoGP, jenama Drive M7 akan diperkenalkan dan seterusnya menembusi pasaran global bermula di Sepanyol dan Itali,” kata Pengerusi Eksekutif Drive M7 Sdn Bhd, Datuk Ahmad Kemin. Turut hadir menyerikan majlis pada petang ini ialah Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudyaan.

Drive M7 kini telah menterai perjanjian selama tiga tahun bersama pasukan Aspar dengan memperkenalkan warna hijau fluorescent dan kelabu menjadinya sangat menyerlah ketika meratah setiap selekoh. Selain pasukan Aspar, Drive M7 Sdn Bhd turut menaja tiga pelumba negara iaitu Amirul Hafiq Azmi yang beraksi dalam perlumbaan Moto3, Husni Aizat Abd Malik dan Mohd Hafiza Rofa yang bakal berlumba dalam perlumbaan CEV Repsol Spanish. RR
 

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.