Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2014

Perhimpunan Mega CBR-RR Berjaya!

Berjaya! Tiada kata-kata lain yang boleh diungkapkan apabila penganjuran Perhimpunan Mega CBR-RR yang julung kalinya dianjurkan pada 22 Februari 2014 di MAEPS, Serdang, Selangor. Menghimpunkan seramai 127 buah motosikal CBR 600, CBR 1000R dan CBR 1100XX baru dan lama, dari pelosok semenanjung dan disertai lima orang peserta dari Singapura. Andai kata ada jambatan dari Semenanjung ke Borneo, pasti sahabat dari Sarawak dan Sabah akan turut serta.

Saudara Heroll @ Pok Lah, salah seorang penganjur perhimpunan Mega CBR-RR.
Saudara Heroll @ Pok Lah, salah seorang penganjur perhimpunan Mega CBR-RR.

Walaupun tidak semua antara mereka saling mengenali sesama sendiri tetapi dengan berhubung melalui telefon dan media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya penganjur dan peserta cuba disatukan bagi merealisasikan perhimpunan Mega ini. Tujuannya untuk makan, berbual dan berhibur. Secara amnya, penganjur bukannya terdiri daripada sebuah pertubuhan berdaftar malah tidak ada sebarang pertalian rasmi dengan peserta tetapi dengan kemampuan, kesungguhan, sokongan dan perlaksanaan tugas dengan teliti, mereka berjaya menyatukan penunggang motosikal CBR di bawah satu bumbung demi semangat persaudaraan.

Penaja-penaja bersama seperti Madani Bikes, S4M Motorsport, SC Project dan Racefit turut menyumbang untuk menjayakan dan menghangatkan majlis dengan memberi sumbangan untuk acara cabutan bertuah berupa baucer barangan dan servis bernilai RM200 hingga RM500, tiga helai jaket dan banyak lagi barang untuk dimenangi.

Kehadiran peserta direkodkan disamping pemberian cenderahati berupa T-shirt dan pelekat. Perasmian dilakukan oleh saudara Muryadi selaku orang lama dalam komuniti. Saudara Hairoll dan Saiful Amri adalah antara pengelola yang sibuk menyempurnakan majlis dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Hidangan makan tengahari secara bufet dan pelbagai jenis makanan disajikan seperti nasi briyani, mee goreng, kuew tiau goreng, satay, cendol, ais krim dan banyak lagi.

Di antara aktiviti yang dijalankan semasa perhimpunan adalah cabutan bertuah, tayangan slide dan bergambar. Wakil-wakil peserta dari Utara, Pantai Timur, Selatan, Lembah Kelang dan juga Singapura diberi peluang untuk berucap sepatah dua kata sebagai tanda sokongan. Rata-rata di antara mereka bersetuju dengan perhimpunan ini dan mencadangkan ianya dilakukan setiap tahun di negeri-negeri lain pula.

Ibrisham Daud dari S4M Motorsport “Big Bike Garage” merupakan seorang pelumba tempatan diberi penghormatan menyampaikan sedikit amanat dan nasihat. Beliau menitikberatkan pada aspek penjagaan motosikal terutamanya penggunaan rantai dan gegancu, pad brek asli dan berkualiti disamping menggalakkan penukaran bearing pada tayar depan dan belakang. Bagi beliau keselamatan tiada kompromi.

Sebelum majlis berakhir, peserta didendangkan dengan sebuah lagu oleh seorang penyanyi terkenal suatu masa dahulu, Ijam Medicine yang juga merupakan seorang peserta dalam perhimpunan ini. Sessi bergambar di akhir majlis di perkarangan parkir MAEPS sebagai kenang-kenangan bersama sebelum bersurai. Tahniah kepada penganjur, penaja dan peserta yang terlibat menjayakan Himpunan Mega CBR-RR 2014 dengan jayanya. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.