Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2014

Penggantian HONDA EX5 Memang Cukup Hebat!

Seperti yang sedia maklum, pengeluaran model Honda EX5 telah pun dihentikan dan para pengguna motosikal di seluruh Malaysia kini telah ditawarkan dengan model EX5 Dream 110 yang lebih baik dan lebih bermutu. Untuk membuktikan mutunya, ujian kelasakan telah pun dilakukan oleh Koordinator Perniagaan Boon Siew Honda, En. Koji Yasumatsu dengan penjelajahan ke seluruh semenanjung negara selama lima hari.

Berpandukan ujian ini dapatlah kita membuat penilaian prestasi model baru ini. Konsep yang diperkenalkan ialah ‘Everyday & Everyone Can Ride’ – benar! EX5 Dream menawarkan tindak balas enjin yang efisyen dan rekabentuk yang sesuai untuk semua jenis tunggangan. Enjinnya serba baru, pelana juga berbentuk baru khusus untuk keselesaan penunggang dan pembonceng, lampu utama jenis halogen yang memberikan suluhan yang lebih terang.

“Pecutan dan kelajuan adalah kriteria utama yang perlu dimiliki oleh setiap motosikal di Malaysia kerana itulah yang dikehendaki oleh para pengguna. Oleh itu model baru EX5 Dream 110 ini dilengkapkan dengan enjin baru 110cc yang menawarkan kuasa 7% lebih tinggi berbanding model lama iaitu 5.64kW pada 7,500 rpm (model EX5: 5.0kW pada 8,000rpm),” kata En. Koji.

Casis EX5 Dream baru ini direka semula yang menawarkan ketegaran tinggi untuk memberikan kestabilan sewaktu menunggang bersama bebanan yang tinggi. Turut menyumbang kepada kestabilan mesin ini ialah saiz tayar yang lebih besar iaitu 70/90 di depan dan 80/90 untuk tayar belakang. Model ini juga didatangkan dengan tangki yang lebih besar. Dengan tangki bersaiz 4.0 liter, EX5 baru ini dianggarkan boleh ditunggang sejauh 214 km dengan sekali isi.

Boon Siew Honda sentiasa memahami apa yang diinginkan oleh setiap peminat motosikal di seluruh Malaysia. Oleh itu model paling popular, EX5 pastinya telah diganti dengan jentera yang lebih berkuasa, lebih jimat dan lebih cantik. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Pandu Uji

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Ketika Boon Siew Honda (BSH) melancarkan 4 model hebat tahun lalu, saya memang terpikat dengan model Transalp ini. Ini kerana beberapa tahun dulu, saya pernah menunggang Transalp model lama. Apabila saya kongsikan beberapa gambar di media sosial, ramai yang 'menyakat' tanya motor itu abad ke berapa? Betul kata mereka, dari segi design, ia tidaklah begitu hebat tetapi dari segi hantaran kuasa dan keselesaannya memang sangat saya suka.