Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 19 Jun 2023

Brabus 1300R Edition 23 Dilancarkan di Malaysia

Motosikal jenis supernaked Brabus 1300R Edition 23 telah dilancarkan di Malaysia. Ia merupakan satu-satunya unit yang berada di negara ini.

Kita sering teringat jenama Brabus sinonim "peningkatan" (pengubahsuaian) kenderaan Mercedes-Benz yang amat ekstrim. Contohnya model Brabus G700 yang diadaptasi daripada Mercedez-Benz G63 AMG. Para jurutera Brabus berjaya meningkatkan prestasi enjin V8, 4.0-liter, dwi turbo itu ke 700hp.

Jadi mereka menukar arah ke bidang lain bagi menunjukkan kepakaran kejuruteraan automotif mereka. Mereka bermula dengan bidang bot dan motosikal bermula 2022.

Brabus mula berganding dengan KTM pada 2022 untuk menghasilkan Brabus 1300R yang pertama, dan berasaskan KTM 1290 Super Duke R Evo. Hanya 144 unit yang dihasilkan. Hasil tangan Brabus merupakan suatu pencapaian yang amat baik kerana model itu habis dijual di dalam hanya beberapa minit.

Justeru kedua-dua syarikat ini menghasilkan pula Brabus 1300R Edition 23. Kali ini, terdapat cuma 290 unit di seluruh dunia (145 bagi setiap pilihan warna).

Enjin V-Twin, 1301cc motosikal ini menghasilkan 180 dan 140Nm tork. Prestasinya sama seperti 1290 Duke R Evo kerana Brabus mengambil pendekatan yang berbeza dan tidak "mengusiknya." Kuasa enjin ini mampu memecutkan motosikal daripada berhenti ke 100km/j dalam hanya 3.2 saat. Saspensinya merupakan yang jenis separa aktif elektronik dan dapat melaras kadar redaman mengikut mod tunggangan dan traksi tayar.

Namun, Brabus telah menukar habis rekabentuk motosikal ini. Di mana yang boleh, segala panel diperbuat daripada gentian karbon, seperti penutup tepi tangki, sokongan pelana duduk, penutup sisi radiator, madgad depan dan sebagainya. Terdapat juga corong angin yang diperbuat daripada gentian karbon untuk menyejukkan kaliper brek Brembo Stylema di depan. Pelananya khas daripada Brabus, tetapi kedua-dua rim merupakan barangan yang istimewa kerana mereka merupakan jenis Brabus Monoblock Z yang ditempa. Kedua-dua peredam bunyi ekzos juga dihasilkan oleh Brabus. Penggunaan komponen gentian karbon mengurangkan keberatan motosikal ini kepada hanya 194kg.

Brabus 1300R Edition 23 ini dihasilkan di dalam dua warna eksklusif, iaitu Superblack dan Stealth Gray. Hanya ada 145 buah bagi setiap warna dan Malaysia hanya mendapat sebuah yang berwarna Superblack. Ia berharga RM430,000 (bukan harga di atas jalan). RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.