7 Sebab Mengembara Solo lebih Memuaskan Hati

Kalau kawan-kawan ajak konvoi bermotosikal pergi makan lemang atau durian kita akan ikut sahaja, namun kita kadang-kadang mahu juga bersendirian ketika menunggang.
Sebenarnya tidak usah fikirkan pun sebab-sebab kita hendak bermotosikal secara solo tetapi beberapa poin sebagai dorongan kepada anda.
Ini biasanya sebab utama penunggang motosikal suka menunggang secara solo. Sudah tiba masanya untuk menjauhkan diripada budaya tempat kerja yang suka mengumpat orang, "kawan-kawan" yang hanya berpura-pura, sausana bandar yang merimaskan, bos yang tidak menghargai usaha kita, dan banyak lagi. Sebabnya tidak pernah berakhir dan hanya kita sendirlah yang mengetahuinya. Menunggang motosikal di atas jalan kegemaran kita dapat menengkan fikiran.
Tekananan untuk melayan kehendak semua rakan ketika berkonvoi adalah nyata. Ada yang mendesak untuk menunggang dengan lebih pantas; ada yang terjerit-jerit yang konvoi terlalu laju. Ada yang gemar layan selekoh, ada yang ingin menunggang menegak sahaja sebab hendak tayarnya berbentuk segi empat. Kemudian ada pula yang mengutuk rakan yang kurang "speed," ada yang mengutuk peserta lain sebagai pengecut sebab tidak mahu mengambil risiko. Balik nanti mulalah seorang-seorang unfriend, unfollow, block, left group.
Ah! Kalau hendak begini baik pergi kerja sahaja daripada keluar berkonvoi! Solusinya mudah: Kita keluar berjelalah secara solo.
Menunggang bersendirian juga bermaksud tiada tekanan untuk mematuhi jadual rakan-rakan sebab mereka berkobar untuk pulang cepat kerana "Mama ...." Terpulanglah kepada kita sendiri samada kita ingin menunggang pada 60 km/j atau 110 km/j.
Hendak berhenti isi minyak, minum kopi, atau ke tandas setiap 100km? Kita sendiri yang memutuskannya. Atau kita hendak berhenti setiap kali anda melihat pemandangan yang indah seperti matahari terbenam, atau permaidani hijau sawah. Terpulanglah kepada kemahuan atau keperluan kita.
Kadang-kadang menunggang secara berkumpulan akan mendedahkan peserta yang suka berperbuatan yang merbahaya seperti membuat wheelie, atau mengganggu kaum wanita sesuatu tempat, atau muncul dalam keadaan mabuk untuk perjalanan keesokan harinya. Perbuatan ini hanya akan merbahayakan peserta konvoi yang lain. Menunggang secara solo mengelakkan kemungkinan ini.
Mula-mula rancang hendak pergi makan nasi beriyani gam... tetapi tiba-tiba tekan mahukan bawal goreng. Jom. Hendak melawat tempat yang tidak pernah pergi? Tukar laluan dan ke sana sahajalah.
Inilah masa bagi mempraktikkan kemahiran kita, kerana berbuat demikian semasa berkumpulan bukan suatu idea yang bijak. Juga, anda mungkin menerima nasihat salah yang akan merosakkan perjalanan dan keselamatan anda.
Popular