Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 17 Jun 2023

6 Tanda Rantai Motosikal Anda Patut Ditukar

Kita tidak boleh nafikan bahawa rantai pacuan motosikal kita merupakan antara komponen yang terpenting, kerana ke manalah motosikal kita akan bergerak jika tiada rantai (seperti juga tali sawat atau shaf pacuan).

Oleh kerana rantai ini dipacu oleh kuasa enjin serta perlu menyerap daya-daya yang amat kuat, ia akan haus lambat-laun nanti. Motosikal akan mula kehilangan kuasa enjin, enjin akan menggunakan lebih banyak petrol, rantai akan berbunyi bising, dan mungkin akan terputus di dalam kes yang ekstrim.

Tetapi bagaimana kita tahu bila kita perlu menggantikannya? Berikut adalah beberapa tanda yang perlu diperhatikan.

1. Rantai berkarat dan berkerak teruk

Apa yang anda tunggu lagi jika keadaan rantai anda sudah sampai ke tahap seperti begini? Sudah terlambat untuk menyelematkannya sama sekali.

2. Anda boleh menarik rantai daripada sprocket belakang

Mula sekali, laraskan rantai kepada ketegangan yang sepatutnya. Kemudian cuba tarik rantai dari sproket belakang pada titik paling ketat. Jika anda boleh mengangkat rantai daripada sproket, sudah tiba masanya untuk rantai itu diganti. Cuba buat perkara yang sama di beberapa sambungan sekeliling rantai. Anda mungkin mendapati bahawa anda boleh menarik tempat tertentu berbanding yang lain, tetapi rantai itu benar-benar perlu ditukar sebaik sahaja anda boleh menarik walaupun hanya satu sambungan.

3. Rantai beralun

Rantai yang beralun seperti ini menunjukkan ada pin yang sudah memakan ke dalam plet dalaman. Tidak usah buang masa untuk mencucinya kerana lebih senang jika ia ditukar sahaja.

4. Getah terkeluar dari celah plat sisi

Rantai berpenebat seperti "O"-ring, "X"-ring, "XW"-ring menggunakan gasket getah untuk mengekalkan gris di dalam plat sisi dan pin. Jadi, jika anda melihat sekeping atau kepingan getah terkeluar daripada celah plat sisi, ia bermaksud penebat itu telah pecah. Air dan kotoran akan memasuki ruang itu dan akan menyebabkan rantai itu karat daripada bahagian dalam. Tukar sahaja.

5. Rantai tidak dapat ditegangkan lagi

Jika rantai tidak tegang-tegang walaupun anda telah melaras alas pelaras rantai ke posisi paling hujung, ia bermakna sudah tiba masa untuk menggantiknannya. Jangan pendekkan rantai dan terus menggunakannya.

6. Gigi sproket tajam/ruang antara gigi cetek


Walaupun rantai masih berkeadaan baik apabila sproket telah haus, lebih baik anda gantikan sproket depan, belakang dan rantai sebagai satu set. Sproket yang menunjukkan ciri-ciri kehausan tidak normal seperti di dalam gambar ini menunjukkan bahawa ia disebabkan oleh rantai sudah bermasalah. Jika anda hanya menukar sproket, rantai yang lama mungkin akan merosakkan sproket baharu dengan lebih cepat. Serupa juga jika anda hanya menukar rantai tanpa menukar sproket: Sproket lama akan memendekkan usia rantai anda yang baharu.

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.