Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 1 Jun 2023

GIVI Penaja Utama Pasukan GIVI Tekhne Yamaha AHM Motorsports Dalam Saingan Cub Prix 2023

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka di dunia, GIVI Asia Sdn Bhd telah mengumumkan sebagai penaja utama untuk pasukan GIVI Tekhne Yamaha AHM Motorsports dalam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2023. Majlis yang diadakan di ibu pejabat AHM Motorsports, Jalan Ipoh ini  telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan GIVI Asia, En. On Hai Swee turut hadir bersama Pengasas AHM Motorsports, En. Kenny Chua.

"Tahun ini merupakan detik yang amat bermakna buat Tekhne AHM Motorsports kerana dapat berkolaborasi bersama jenama terkenal itu iaitu GIVI. Dengan kerjasama ini, kami harap dapat menarik lagi minat dan melatih ramai lagi anak muda dalam sukan permotoran", kata En. Kenny.

"Pengasas GIVI, Giuseppe Vicenzi juga merupakan seorang pelumba motosikal di peringkat dunia. Selaku penaja utama pasukan ini, kami amat berbesar hati dan yakin serta percaya dengan penajaan dan kerjasama ini mampu meningkatkan lagi jenama GIVI", kata En. On Hai Swee.

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cib Prix 2023 telah bermula di Litar Antarabangsa Sepang pada 25-26hb Februari lalu dan akan berakhir pada 25-26 November 2023 di Batu Kawan, Pulau Pinang. RR

Isu Pada

Julai 2023

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.