Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mei 2023

Tip untuk Menunggang ketika Cuaca Panas

Setelah mengalami cuaca yang agak dingin dan mendung, cuaca di Malaysia ketika ini telah memasuki kitaran hari panas semasa penulisan ini (bulan Mei). Menunggang motosikal dalam cuaca panas merupakan suatu cabaran yang tersendiri kerana kita akan lebih cepat dehidrasi dan selain berasa mengantuk. Tetapi jangan risau sebab ada beberapa cara bagi mengurangkan kesan bahang.

Pakaian musim panas yang kami maksudkan bukan kemeja-T, seluar/skirt pendek, selipar dan tiada sarung tangan. Sebaliknya, kami maksudkan peralatan menunggang motosikal yang disesuaikan untuk cuaca panas.

Topi keledar jenis jet (open-face) memberikan pengaliran udara terbaik tetapi helmet jenis muka penuh (full-face) memberikan perlindungan yang sebaiknya, namun kekurangan pengaliran udara khususnya pada kelajuan yang rendah. Carilah helmet yang membolehkan aliran udara yang baik atau anda boleh buka visor helmet full-face anda sedikit untuk lebih banyak aliran udara.

Pakailah jaket fabrik yang berjaring (mesh) untuk aliran udara yang baik. Tetapi carilah jaket yang ada perisai (padding). Bagi baju pula, pakailah yang diperbuat daripada fabrik yang cepat menyerap peluh seperti DryFit. Anda boleh menukar pakaian kerja anda di tempat kerja anda.

Dalam subjek seluar, pakai seluar bergaris Kevlar dan berperisai. Seluar jeans – walaupun tebal – tidak melindungi daripada geseran dan hentaman. Kasut tunggangan boleh kelihatan seperti kasut kasut biasa atau kasut kerja, tetapi ada yang berperisai.

Pening, sakit kepala, hilang tumpuan, mengantuk adalah tanda-tanda anda dehidrasi (kehilangan air di dalam badan). Otot-otat atau sendi-sendi yang berasa sengal selepas menunggang di dalam cuaca panas juga merupakan simptom kehilangan air.

Minum air kosong atau jus buah-buahan (seperti tembikai dan kelapa) tanpa gula. Minuman isotonik adalah baik, tetapi jangan diminum untuk menggantikan air. Jauhi minuman ringan samada bergas atau tidak kerana gula akan dehidrasi anda dengan lebih cepat! Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3.7 liter (untuk lelaki, 2.7 liter untuk wanita) setiap hari, jika tidak lebih. Cara paling mudah ialah menyimpan sebotol air di dalam boks simpanan/beg tangki GIVI anda.

Tips ini amat berguna apabila anda menunggang untuk jarak jauh di bawah matahari terik. Basahkan baju, kemudian perah air yang berlebihan dan pakaikan. Baju yang lembap kini akan menarik haba daripada kulit anda. Selain itu, angin melalui jaket mesh anda akan menyejukkan badan anda anda rasa lebih segar.

Sama seperti baju yang lembap, basahkan bandana (sarung kepala), dan pakaikan. Cara ini ialah untuk menyejukkan bahagian belakang leher anda.

Selain daripada itu, bandana yang lembab akan menyejukkan muka dan bahagian atas kepala. Cara ini juga berkesan untuk menghalang terhidu habuk dan gas ekzos kenderaan lain. Anda boleh mencuba sarung kepala GIVI TB03R or TB03B.

Jalan raya yang dibarisi oleh pokok-pokok sudah semakin jarang di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada masa kini, tetapi ia masih wujud selagi kita tidak menggunakan lebuhraya. Jalan berturap serta konkrit sebenarnya menyerap haba matahari dan ia kemudiannya dipancarkan kembali kepada persekitarannya. Sebaliknya, menunggang di atas jalan raya yang diliputi oleh hutan disekeliling kita akan membuat kita akan berasa lebih dingin dan ceria.

Walaupun cuaca sekarang amat panas, ia boleh hujan pada bila-bila masa, walaupun matahari masih terang-benderang. Oleh itu, bawalah baju hujan sekali.

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 dijangka dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2025 harganya pula dijangka bawah RM30k.

Warta Roda

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya (LLM) kini sedang membangunkan kemudahan asas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal di negara ini.

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.