Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2014

Pasukan Yamaha Optimis Capai Kejayaan

Pasukan Yamaha jelas optimis untuk mengembalikan kejuaraan MotoGP pada tahun ini dengan pembangunan hebat yang telah dilakukan pada jentera YZR M1 mereka. Di sessi Ujian Rasmi Sepang pada 4 hingga 6 Februari lalu, prestasi yang ditunjukkan oleh dua pelumba tersohor iaitu Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi cukup-cukup mengagumkan.

Turut mengiringi pasukan Yamaha Factory ialah pasukan Monster Yamaha Tech 3 yang kini dianggotai oleh Bradley Smith dan Pol Espargaro yang tidak kurang hebatnya.

En. Yukihiro Ozaki
En. Yukihiro Ozaki

Untuk mengenengahkan lebih banyak pasukan ke dalam perlumbaan ini, Yamaha Motor telah memperkenalkan perjanjian sistem pajakan enjin YZR M1 kepada pasukan lain iaitu NGM Mobile Forward Racing diwakili oleh pelumba berpengalaman iaitu Colin Edwards dan Aleix Espargaro. Keenam-enam pelumba hebat ini telah diraikan di satu majlis sidang media Yamaha Motorsports yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Sepang pada 4 Februari lalu.

“Sememangnya perlumbaan musim ini pasti lebih sengit tetapi kami amat yakin jentera ini akan memberikan keputusan yang cemerlang. Litar Sepang juga amat kami gemari kerana ia telah membuktikan betapa hebatnya sukan motosikal ini dengan jumlah pencinta MotoGP yang hadir sentiasa meningkat setiap tahun. Ia cukup membanggakan,” kata Jorge Lorenzo.

Selain itu, turut diumumkan juga iaitu polisi asas dan arah tuju Yamaha Motor dalam usaha mencari juara-juara motosikal di seluruh dunia. “Sukan permotoran sememangnya berada di dalam DNA Yamaha sejak puluhan tahun yang lalu. Melalui sukan permotoran jugalah kita dapat berkongsi segala keseronokan perlumbaan bersama-sama seperti pada malam ini. Anugerah yang diberikan pada malam ini juga khusus kepada para pelumba Yamaha dari negara lain yang telah mencapai kejayaan,” kata Yukihiro Ozaki, Pengurus Besar Bahagian Strategi Motorsports.

Pelumba-pelumba Yamaha cukup berbangga menerima anugerah ‘The Spirit of Challenge’.
Pelumba-pelumba Yamaha cukup berbangga menerima anugerah ‘The Spirit of Challenge’.

Seramai lima orang pelumba telah menerima anugerah ‘The Spirit of Challenge’ iaitu Katsuyuki Nakasuka dari Jepun (Juara All Japan Road Race Championship JSB1000 2013), Decha Kraisart dari Thailand (Pelumba Moto2 di GP Malaysia, GP Jepun dan tempat keempat All Japan Road Race Championship JGP-2, Ahmad Afif Amran dari Malaysia (Juara CP115 2013, Juara MSS SS600 dan Naib Juara Asia Road Racing UB115).

Dua lagi pemenang datangnya dari Filipina iaitu Vingie Coloma (Juara Yamaha GP ACR AL125 dan mewakili Filipina di perlumbaan Yamaha Asean Cup) dan pelumba hebat dari Indonesia iaitu Sigit Purno Harjono ( Juara Indoprix 125cc dan 115cc). RR

Isu Pada

Mac 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.