Satu Kemalangan Maut Setiap 90 Minit pada 2022

Malaysia merekodkan satu kematian setiap 90 akibat kemalangan jalanraya pada 2022, dengan jumlah 6,067 kematian secara keseluruhannya. Tambah lagi, 545,630 kemalangan jalanraya dicatatkan, bersamaan satu kemalangan setiap minit.
Statistik yang membimbangkan ini lebih tinggi daripada sebelum beberapa perintah kawalan pergerakan kerana pandemik Covid-19.
Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Kulanthayan K C Mani, berkata, "Angka ini lebih tinggi daripada sebelum COVID-19 melanda, situasi ini membimbangkan dan harus dilihat sebagai 'trafik pandemik'," ketika program Minggu Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ke-7 dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad, hari ini. Justeru kadar kematian akibat kemalangan trafik dinampakkan akan meningkat dengan pertambahan penggunaan kenderaan persendirian yang mendadak.
Sebaliknya, pengangkutan awam seperti bas dan tren masih merupakan pengangkutan paling selamat dan mencatatkan kadar kemalangan terendah, katanya. Oleh itu, beliau berharap semua pihak termasuk kerajaan dan penyedia perkhidmatan dapat sentiasa mempertingkatkan infrastruktur dan fasiliti, termasuk laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal yang akan menggalakkan orang ramai beralih kepada pengangkutan awam.
Nota daripada Editor: Bilangan kemalangan tentunya lebih tinggi daripada yang dicatatkan kerana seringkali terdapat pihak-pihak yang terlibat akan menyelesaikan masalah sesama mereka tanpa melaporkan kemalangan tersebut kepada Polis. Apapun, penunggang dan pembonceng motosikal masih merupakan majoriti yang terbabit dan terkorban. Menurut suatu kajian, secara puratanya seramai 8 pengguna motosikal yang terbunuh setiap hari, 60 kematian setiap minggu, dan 243 kematian setiap bulan di dalam 10 tahun yang lepas.
Popular