Warna Baharu bagi Ducati SuperSport 950 S untuk 2024

Ducati 950 S tahun 2024 baru sahaja diperkenalkan. Walaupun tiada pertukaran atau pembaharuan besar buat model ini, Ducati memperkenalkan warna yang baharu yang dipanggil
Stripe (Jalur).
Warna putih masih dikekalkan tetapi ia sekarang ditambah dengan jalur perak dan merah bagi menambahkan sedikit dimensi kepada rekabentuk model ini. Banjaran model S pula tiada yang bewarna merah. Sebaliknya, warna merah yang sinonim dengan Ducati itu hanya untuk model asas sahaja.
Peningkatan yang paling utama sebenarnya ialah untuk sistem suspensi. Varian S akan mendapat fork depan dan monoshok belakang Öhlins yang boleh laras sepenuhnya. Selain daripada itu, penutup pelana pembonceng juga didatangkan sebagai ciri standard. Kedua-dua roda akan berwarna hitam kilat dengan nama Ducati bewarna merah.
Model Ducati SuperSport 950 S ini menggunakan enjin V-twin Ducati Testastretta 937cc. Ia menghasilkan 110hp pada 9,000 RPM dan 92.2 Nm at 6,500 RPM. Enjin ini merupakan sebuah unit trenkuasa yang masih kekal lama dan sudah agak terbukti. Ducati berkata ia boleh diservis setiap 15,000 km, manakala pelarasan injap Desmo akan dilakukan setiap 30,000 km. Ciri-ciri lain termasuk skrin TFT 4.3-inci dengan tiga mod tunggangan (Sport, Touring, Urban), kawalan traksi, dan kawalan wheelie.
Popular