Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Mei 2023

Ducati 'We Ride As One' 2023 Edisi Malaysia

Pada tanggal 6hb Mei yang lalu, Ducati Malaysia telah menyempurnakan acara 'We Ride As One' buat kali kedua dengan penyertaan yang cukup membanggakan. Ia merupakan acara global yang bertujuan untuk mengumpulkan komuniti para pemilik jentera Ducati atau Ducatista pada tarikh yang sama setiap tahun, di setiap bandar untuk meraikan semangat jenama dari Itali itu.

Selepas menempa kejayaan pada penganjuran sulung yang diadakan di Minggu Ducati Sedunia 2022 lalu, ia dipersetujui dan disokong penuh untuk menjadi acara tetap di kalendar setiap tahun.

Ducati Malaysia telah berjaya mengumpulkan seramai 349 orang pemilik Ducati yang hadir dengan pelbagai model menarik seperti Ducati Panigale, Ducati Street Fighter, Ducati Multistrada, Ducati Monster, Ducati Scrambler dan lain-lain.

Lebih istimewa apabila En. Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia turut turun menyertai 'ride' kali ini dengan menunggang Ducati Hypermotard RVE.

Kehadiran En. Dennis Michael 'kiri' memeriahkan acara 'We Ride As One'.
Kehadiran En. Dennis Michael 'kiri' memeriahkan acara 'We Ride As One'.

Deruman jentera-jentera Ducati bergema di sepanjang jalan dari beberapa pusat pameran Ducati seperti Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur hingga ke Persiaran KLCC. Perjalanan diketuai oleh En. Dennis sendiri yang dibantu oleh krew marshal bersama 10 orang anggota polis trafik demi melancarkan pergerakan.

Ducatista di Pulau Pinang menganjurkan 'ride' ke bandaraya Ipoh, Perak manakala di Terengganu, Kelantan dan Kuantan turut tidak melepaskan peluang meraikan acara ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Para peminat Yamaha MT-15 kini boleh memilih untuk mendapatkan model jalanan ini yang kini berada di pasaran dengan warna serba baru. Ya... MT-15 yang paling 'fresh' berada di pasaran hadir dengan warna Midnight Black.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.