KTM 790 Adventure Berspesifikasi Tinggi akan Dilancarkan Semula
KTM 890 Adventure dan KTM 890 Adventure R telah dilancarkan pada 2021, dan ia menggantikan 790 Adventure dan 790 Adventure R.
Namun, KTM mendapati bahawa masih ada permintaan bagi model 790 khususnya kerana ia lebih murah. Oleh itu, ia dilancarkan kembali pada awal tahun ini dengan rekabentuk baharu serta kelulusan untuk piawaian Euro 5. Ia juga dijual pada harga yang lebih kompetitif.
Pembuat yang berasal daripada Austria itu kini sedang membangunkan kembali model 790 Adventure R, hasil daripada kerjasama KTM dan CFMoto.
Seperti semua model "R", cesinya akan berbeza dengan model 790 Adventure yang standard. Gambar yang telah dibocorkan menunjukkan tayar yang lebih agresif untuk kegunaan off-road, madgad yang lebih tinggi, serta suspensi WP XPLOR (berbanding dengan WP APEX).
Namun gambar ini tidak menunjukkan sebuah motosikal yang blom sempurna kerana ia tiada pengadang angin (windscreen) dan grafik sepenuhnya. Apapun, peminat KTM bolehlah menunggu kemunculan kembali model 790 Adventure R kelak.