Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 April 2023

Triumph Bajaj Scrambler 400cc Dijumpai Menjalankan Ujian

Seperti yang kami paparkan baru-baru ini, Triumph dan Bajaj sedang membangunkan sebuah, jika bukan beberapa buah model Triumph yang berkapasiti kecil. Sebuah prototaip scrambler Triumph Bajaj  telah dijumpai sedang menjalani ujian atas jalan sejurus berita Triumph memindahkan operasinya kepada Bajaj.

Triumph Bajaj baharu itu berbentuk scrambler berenjin yang dikatakan akan menggunakan sebuah enjin silinder tunggal 400cc. Jika betul, ia akan menjadi pesaing kepada Royal Enfield Himalaya dan mungkin KTM 390 Adventure. Ekzosnya berada di sebelah kanan tetapi mempunyai penyerap bunyi berkembar.

Daripada video yang dipaparkan, kita boleh melihat bahawa motosikal ini mempunyai beberapa ciri yang khusus kepada siri Triumph Scrambler, seperti rantai pacuan di sebelah kanan dan klac di sebelah kiri motosikal. Penutup tangki petrol seperti yang ada di Triumph Bonneville juga kelihatan.

Daripada segi cesi pula, ia kelihatan dengan fork depan jenis terbalik, manakala suspensi belakang merupakan jenis monoshok dan bukan jenis penyerap hentakan di kedua-dua belah belakang. 

Video itu juga menunjukkan panel meter pada prototaip tersebut yang berupada jenis yang digunakan oleh motosikal KTM.

Prototaip ini kelihatan membawa sebuah boks di belakang. Ia sebenarnya mengandungi peralatan bagi merakam data perjalan. Penulis ini pernah melawat Triumph Visitor Experience di Hinckley, England dan telah melihat sebuah prototaip yang menggunakan sebuah boks yang serupa.

Motosikal ini dijangka akan dilancarkan di dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, namun bilakah ia akan tiba di Malaysia?

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Warta Roda

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Para peminat Yamaha MT-15 kini boleh memilih untuk mendapatkan model jalanan ini yang kini berada di pasaran dengan warna serba baru. Ya... MT-15 yang paling 'fresh' berada di pasaran hadir dengan warna Midnight Black.