Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 April 2023

PDRM Saran Guna LPT, Lebuhraya Timur-Barat Bagi Elak Kesesakan Sempena Cuti Aidilfitri

Sambutan Aidilfitri sudah tidak lama lagi dan ini bererti lebuhraya akan mula sesak tidak lama lagi. Untuk mengelak dan mengurangkan kesesakan di lebuhraya menuju ke Pantai Timur, anak Kelantan disaran untuk menggunakan laluan akternatif iaitu di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Timur Barat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk menghadapi penambahan jumlah kenderaan dalam jangka masa sekitar seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Beliau berkata sekiranya anak perantau menggunakan kedua-dua laluan yang boleh diakses melalui Terengganu dan Perak itu, keadaan kesesakan lalu lintas di Gua Musang akan terkawal.

“Saya tak mampu nak menjangka berapa banyak kenderaan akan masuk, tetapi pastinya Aidilfitri kali ini lebih ramai akan balik ke Kelantan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Rezeki Ramadan dan Majlis Iftar Ramadan bersama warga Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang di Dewan Tanjung IPD Gua Musang di sini, malam tadi.

Beliau turut menambah, susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C, IPD Gua Musang sedang meneliti dua jalan alternatif dari Kuala Lumpur-Kota Bharu-Kuala Lumpur sebagai usaha mencari kaedah mengurangkan kesesakan trafik untuk pengguna jalan raya.

“Saya telah minta Ketua Polis Daerah dan Bahagian Trafik IPD Gua Musang untuk mencari kaedah serta laluan alternatif yang lain untuk melicinkan lagi perjalanan pengguna jalan raya.

“Kemungkinan ada jalan-jalan alternatif yang orang dari luar tak tahu, tetapi orang tempatan tahu supaya dapat melancarkan lagi perjalanan,” katanya.

Datuk Muhamad Zaki terharap pengguna jalan raya dapat bersabar dengan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan kini kerana ia adalah untuk kemudahan di masa akan datang. RR

Sumber: https://www.bernama.com

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

MOT telah menyumbang sebanyak 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz kepada penduduk terjejas dalam insiden letupan paip gas.

Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.