Yamaha Sedang Bangunkan 'Advanced Motorcycle Stabilization Assist System' (AMSAS)
Tahun lepas, Yamaha Motor mengumumkan visi keselamatan Jin-Ki Kanno x Jin-Ki Anzen, bertujuan untuk mewujudkan dunia yang bebas daripada kemalangan. Untuk tujuan itu, Yamaha mewujudkan Tiga Pendekatan utama iaitu: 1) Teknologi Dengan Penilaian Penunggang, Pertimbangan, Operasi dan Pengurangan Tahap Kerosakan, 2) Kemahiran, peningkatan kemahiran menunggang para pemilik Yamaha, dan 3) Perhubungan (connectivity) menerusi penggunaan 'Cloud' yang memberikan maklum balas bagi inisiatif keselamatan.
Untuk menyerlahkan keberkesanan teknologi moden berkenaan dengan isu ini, bahagian pembangun telah menghasilkan Advanced Motorcycle Stabilization Assist System (AMSAS).
Bantuan Penunggang untuk Meningkatkan Kestabilan Ketika Permulaan dan Pada Kelajuan Rendah
Kemalangan yang melibatkan motosikal telah dikaitkan terutamanya dengan kesilapan penilaian (10%), kesilapan membuat keputusan (17%), dan kesilapan pengendalian (5%) dari seseorang penunggang. Data juga menunjukkan bahawa kira-kira 70% kemalangan motosikal berlaku dalam masa dua saat. Berdasarkan analisis punca kemalangan ini, pembangunan bantuan untuk keselamatan di Yamaha Motor sedang dijalankan mengikut empat sudut penting iaitu Bantuan Ramalan Bahaya, Pencegahan Kerosakan, Tahap Pertahanan Penunggangan dan Bantuan Pergerakan Untuk Mengelak.
Oleh itu, AMSAS akan menstabilkan pergerakan kenderaan pada kelajuan rendah dengan mengawal daya pacuan dan daya stereng. Pendekatan yang paling sesuai dengan menggunakan rekaan sedia ada tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian pada bahagian kerangka," kata Ketua Projek, Akitoshi Suzuki. Sistem prototaip yang sedang dibangunkan menggunakan pengeluaran YZF-R25 sebagai platform dan telah dilengkapi dengan Unit Pengukuran Inersia (IMU)-6 paksi.
AMSAS akan memberi tumpuan ketika jentera berada dalam keadaan tidak stabil khususnya dalam kelajuan rendah dengan cara meningkatkan tahap kestabilan agar kembali selamat.
“Ketika memulakan "Terdapat alat penggerak pemacu yang dipasang pada roda hadapan yang akan berfungsi untuk meningkatkan kestabilan. Apabila pergerakan mencecah kira-kira 5 km/j, penggerak stereng yang dipasang pada bar hendal pula akan mengambil alih. Melalui penyelarasan kedua-duanya, kenderaan prototaip AMSAS boleh bergerak pada kelajuan rendah seperti orang sedang berjalan tanpa terjatuh," jelas Suzuki.
Yamaha akan menawarkan sistem moden untuk membantu pengendalian lebih selamat khususnya ketika jentrra tidak stabil atau detik-detik yang memerlukan skill yang tinggi untuk mengelak kemalangan.
Yamaha juga menyasarkan untuk penurunan kemalangan maut motosikal mencapai tahap sifar pada tahun 2050 dan untuk itulah mereka (Yamaha) akan terus berusaha menerusi tiga tonggak utama iaitu Teknologi, Kemahiran dan Perhubungan (Connectivity).
Dengan teknologi asas yang ada sekarang ini, kami di sudah berjaya melakukannya separuh jalan. Dari sini, kami akan terus mengembangkan platform ini agar boleh digunakan bersama komponen-komponen lain. Kami mahukan teknologi ini turut digunakan pada basikal suatu hari nanti. RR
Popular