Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 September 2019

Kempen 'Never Before' Untuk Pemilik Aprilia & Moto Guzzi

Siapa kata servis motor mahal? Kempen 'Never Before' adalah jawapannya!

Jom kita nikmati servis hebat untuk jentera Aprilia dan Moto Guzzi pada harga cukup rendah menerusi kempen terbaru daripada Didi Resources Sdn Bhd yang bermula pada 1hb Ogos hingga 30 September 2019 ini. Rata-rata kos untuk servis sesebuah motosikal bersesaran besar bernilai sekitar RM350 dan ke atas (termasuk alat ganti tulen, pelincir separa sintetik dan caj buruh). Dengan promosi 'Service Clinic & Merdeka', penapis minyak untuk kedua-dua jenama kini ditawarkan pada harga hanya RM10. Ini bermakna, kos servis ini hanya bermula dari RM270.

Selain itu, harga brek pad juga ditawarkan cukup hebat, ia bermula daripada RM190.90. Manakala harga untuk penapis udara pula bermula daripada RM49.90 bagi memastikan kos yang berpatutan buat para pemilik jentera-jentera ini.

Menerusi kempen ini, jentera-jentera Aprilia dan Moto Guzzi turut akan menjalani pemeriksaan 10 titik penting secara percuma. Tidak lupa juga, pusat servis ini akan melakukan kempen 'safety recall' jika terdapat sebarang masalah dari pengeluar yang memerlukan penukaran alat ganti tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Pusat servis rasmi untuk jenama Aprilia dan Moto Guzzi adalah berikut:
Welly World Cycle No. 2135, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, 47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 012-9412322,

GB Workshop @ The Gasket Alley Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, 016-3738656, 

Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd. No 24, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang, 012-4018932 dan

Soon Hin Co. A-139 & A-141, Jalan Beserah,, Kuantan, Taman Seaview, 25300 Kuantan, Pahang, 016-9350055. RR

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.