Pencinta Jentera Itali Kuatkan Ikatan Brotherhood
Kira-kira 50 buah motosilal yang terdiri daripada model Ducati dan Aprilia telah meraikan ikatan 'brotherhood' pemilik mesin dari Itali pada 11 Ogos lalu bersempena dengan perlumbaan MotoGP pusingan 11 yang berlangsung di litar Red Bull Ring, Austria. Perhimpunan Live Viewing ini ternyata cukup meriah kerana ia menggabungkan para pemilik motosikal dari Aprilia Central Riding Club (ACRA) dan Desmo Owners Club Malaysia (DOCM).
Barisan jentera-jentera Aprilia dan Ducati yang memiliki deruman enjin yang cukup mantap memeriahkan program pada hari tersebut di mana tetamu diraikan dengan pelbagai juadah lazat. Walaupun berlainan jenis, cinta dan minat yang sama pada jenama dari Itali ini membolehkan mereka satu hati dan sepakat.
“Cinta pada jentera Itali adalah sesuatu yang kami hargai dan dengan penganjuran seperti ini, kami dapatlah bersama-sama menonton dan memberi sokongan kepada para pelumba dan pasukan dariItali, kata Timbalan Presiden DOCM, Sdr Gaddafi Shazalli.
Sorakan gemuruh memecah suasana apabila pelumba dati Itali, Andrea Dovizioso mempamerkan tunggangan yang luar biasa untuk menewaskan Marc Marquez dalam satu pertarungan yang cukup hebat. Sudah pasti para penunggang Aprilia dan Ducati turut meraikan kejayaan Dovizioso yang kini berada di tangga kedua keseluruhan. RR
Popular