Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Disember 2022

Himpunan Bermotosikal Juru X-Ray Semalaysia

Pada 29-30 Oktober yang lalu, satu perhimpunan bermotosikal anjuran Juru X-Ray negeri Perak telah diadakan di La'Cottage Cafe and Chalet, Sahom, Gopeng Perak.

Acara istimewa ini dipengerusikan oleh Juru-X-Ray Muhd Izamin Muhammad Zawaki dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bersama kumpulan yang dipanggil "Roentgen Bikers" ini melibatkan 100 orang juru X-Ray dari hospital kerajaan dan swasta yang datang hampir dari seluruh negara termasuklah dari Hospital Kangar, Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.

Tidak melepaskan peluang ialah kakitangan daripada hospital bukan kerajaan seperti Prince Court, UM Specialist Centre (UMSC), Pantai Hospital dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Lebih istimewa apabila Ketua Profesion Juru X-Ray Diagnostik Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu En. Mohd Syubli bin Adnan turut hadir menyerikan majlis.

Perhimpunan kali ini juga berjaya mengumpulkan pelbagai jenis motosikal dari yang berenjin kecil hinggalah yang besar. Antaranya ialah BMW RT 1200, Kawasaki GTR1400, Honda CBR650R, Benelli TRK 502, Suzuki V-Strom, Triumph Tiger Sport, Bajaj Dominar, Yamaha Y16ZR, Yamaha Y15ZR, Honda RSX dan sebagainya.

Perjalanan ke destinasi berjalan dengan lancar. Setibanya di lokasi pertemuan, para peserta terus menikmati makanan menu kampung yang memang lazat. Paling 'best' bila dapat makan dalam sungai, bertambah lazat jadinya.

Tujuan perhimpunan ini diadakan ialah untuk bertemu dengan kenalan baru dan lama yang berkongsikan minat yang sama. Selain dapat bertukar-tukar pandangan dan idea khususnya mengenai bidang perubatan, para peserta juga menggunakan peluang ini untuk berbual mengenai hobi dua roda.

Acara yang dinanti-nantikan iaitu cabutan bertuah telah diadakan pada hari terakhir. Hadiah-hadiah menarik seperti topi keledar, minyak enjin, baju hujan dan lain-lain menanti para pemenang yang bertuah. Gelak tawa gembira mengeratkan hubungan di antara para peserta dan ia juga terapi terbaik untuk menghilangkan 'stress'.

Walaupun pertemuan kali ini tidaklah begitu lama, ia berjaya mengerat hubungan sesama para petugas khususnya dalam bidang kesihatan. Semoga program ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Katanya di Negeri Sembilan, kita tunggu... RR

- Muhd Izamin

Isu Pada

Disember 2022

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.