Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Mac 2023

Yamaha Nmax 155 Hadir Dengan Warna Baru

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan model skuter Yamaha NMAX 155 2023 yang telah dikemaskini dengan warna baru. Skuter ini didatangkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu Merah dan Biru.



NMAX 155 dikuasakan enjin 155cc, silinder tunggal, SOHC, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Model yang menggunakan teknologi VVA ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.3kW (15.4PS) pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,000rpm.

Antara ciri-ciri lain seperti lampu utama jenis LED, paparan meter LCD, brek-brek cakera, fork teleskopik, penyerap hentak berkembar, berat 130kg, tinggi pelana 765mm dan kerangka jenis Backbone.

Yamaha NMAX 155 2023 ditawarkan pada harga yang disyorkan RM9,798 (tanpa pendaftaran dan insurans). Pemilik jentera ini juga turut menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma. RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.