Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 16 Mac 2023

Kerajaan Bali Cadang Haramkan Motosikal Sewa

Kerajaan Bali sedang mempertimbangkan usul untuk mengharamkan motosikal sewa berikutan beberapa kemalangan serius yang melibatkan pelancong asing.

Bagi mereka yang pernah melawat Bali atau Thailand, khususnya ketika musim melawat, anda pasti dapat melihat kerenah sesetengah pelancong yang menunggang motosikal secara melulu. Ada juga yang menunggang secara merbahaya kerana nyata tidak pernah menunggang motosikal, apatah lagi mempunyai lesen motosikal. Ada juga yang menunggang tanpa memakai baju. Tidak juga ketinggalan mereka yang menunggang ketika mabuk (selalunya pelancong Rusia).

Bali menghadapi masalah yang sama dan penduduk tempatan sudah mula hilang sabar kerana pelancong-pelancong ini sering menyebabkan kemalangan yang amat serius termasuk kematian. Pada bulan ini sahaja seorang pelancong Rusia ditangkap kerana melanggar sebuah kenderaan tempatan setelah menunggang ketika mabuk, manakala dua orang pelancong terbunuh pada bulan Januari yang lepas.

Governor Bali, Wayan Koster, memberitahu BBC bahawa pelancong luar negara boleh menyewa kereta melalui agensi pelancongan sekiranya perkhidmatan motosikal sewa dihentikan. RR

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.