Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Februari 2023

MotoPlex Butterworth Dirasmikan

Didi Group baru-baru ini telah merasmikan pembukaan bilik pameran pertama di Pulau Pinang iaitu MotoPlex Butterworth. Bilik pameran ini seluas 3,200 kaki persegi yang dibahagikan kepada kawasan bilik pameran (2,600 kaki persegi) yang menghimpunkan empat jenama premium, Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi.

Manakala untuk pusat servis seluas 600 kaki persegi. Ruangan ini juga turut dilengkapi dengan alatan baik pulih lengkap serta makenik terlatih untuk menawarkan pelanggannya servis yang terbaik.

MotoPlex Butterworth diuruskan oleh GB Motorcycles Sdn Bhd yang dilantik oleh Didi Group, pengedar utama Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia. Menurut pihak Didi, pelancaran bilik pameran ini merupakan pencapaian yang amat penting buat syarikat itu yang menjadikan MotoPlex kedua di Malaysia selepas PJ.

MotoPlex Butterworth terletak di Juru Auto-City yang beralamat di 1681 G1-G2, Jalan Perusahaan, Auto-City Juru, 13600 Perai, Pulau Pinang. Ianya dibuka pada setiap hari jam 9AM hingga 6PM. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Artikel berkaitan

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan pengenalan kepada 3 warna terbaru untuk model Y16ZR ABS 2025. Warna-warna menarik tersebut terdiri ialah Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.