Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Februari 2023

8 Mitos mengenai Bateri Lithium-ion untuk Motosikal

Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari merasa sangsi terhadap sesuatu perkembangan terbaharu, khususnya jika perkembangan itu membabitkan sesuatu barangan yang telah bertapak untuk sekian lama. Selalunya kesangsian ini berpunca daripada kekurangan maklumat atau kefahaman, dan dari sinilah puncanya berbagai mitos. Salah satunya ialah berkenaan bateri lithium-ion bagi motosikal.

Kami telah mendapatkan pengesahan daripada pihak Sinar Puncak yang merupakan pengedar bateri Dynavolt di negara ini bagi menjawab mitos-mitos yang berikut.

Ya, kami faham bahawa kita tidak mahu menjadi Ghost Rider ketika menunggang. Sebenarnya, kes-kes skuter yang terbakar dahulu itu sering berpunca daripada pengunaan bateri kurang berkualiti atau bateri itu dicas dengan cara yang salah.

Bateri lithium-ion juga digunakan oleh barangan elektronik seperti telefon pintar tetapi bateri lithium-ion bagi kenderaan generasi baharu sebenarnya merupakan campuran lithium-ion-phosphate (LiPo) yang amat stabil. Sebenarnya masih terdapat kenderaan bahanapi fosil (petrol, diesel) yang terbakar tetapi kebakaran kenderaan elektrik dijadikan isu hangat oleh media.

Hampir kesemua barangan yang menghasilkan atau menggukan tenaga akan menghasilkan haba, sama seperti enjin pembakaran dalaman. Tetapi, sesebuah bateri lithium-ion yang berkualiti turut akan menggunakan Sistem Kawalan Bateri (Battery Management System - BMS) yang telah diprogram dengan baik. BMS ini akan mengawal kadar pengecasan/nyahcas, serta ciri-ciri keselamatan. Contohnya, BMS bateri Dynavolt akan menghentikan fungsi bateri jika terdapat keadaan pengecasan melampau.

Selain daripada itu, bateri lithium Dynavolt memberikan 96% kecekapan penghasilan tenaga elektrik dan hanya 4% haba, berbanding dengan bateri plumbum-asid yang mempunyai kecekapan 85% dan 15% tenaga haba.

Mitos ini berpunca daripada bateri lithium-ion tidak berkualiti. Pada suatu masa dahulu, terdapat beberapa pembuat yang menghasilkan bateri lithium-ion dengan secepat mungkin bagi kegunaan kenderaan menurut kaedah bateri untuk barangan elektronik, ataupun tidak menggunakan BMS atau menggunakan BMS yang tidak diprogram secara menyeluruh yang menyebabkan bateri tidak tahan lama.

Tetapi, dengan BMS yang baik, sistem itu akan menutup bateri daripada nyahcas habis-habisan. Namun, secara amnya, bateri lithium-ion yang baik hanya akan nyahcas kapasitinya sebanyak 1% dalam 45 hari jika tidak digunakan, manakala bateri biasa akan nyahcas 1% setiap hari jika tidak dicas kerana belerang (sulphur) di dalam asid sulfurik akan melekat pada plet-plet dalam bateri dan menghilangkan kapasiti cas elektrik. Bateri lithium-ion kering tidak menggunakan asid, justeru kering di dalam.

Tambah lagi, bateri Dynavolt boleh menahan sehingga 5,000 kitaran pengecasan, berbanding dengan bateri biasa yang hanya boleh tahan sehingga 1,000 kitaran.

Tidak tepat kerana sistem BMS tersebut akan memberikan tenaga cas elektrik yang sekata sehinggalah bateri itu hilang cas terus. Cas bateri biasa pula akan berkurangan daripada 13.2V ke 12.8V, 12.4V, .... 11V dan seterusnya apabila usianya meningkat kecuali kalau dibuat proses menghilangkan sulfida. Apabila cas makin berkurangan, sistem-sistem motosikal seperti unit kawalan enjin (ECU), penyuntik bahanapi, pam petrol, palam pencucuh, lampu dan sebagainya pun berfungsi dengan lemah.

Sebenarnya, bateri jenis biasalah yang memerlukan pengecas walaupun jika sistem pengecasan motosikal kita berfungsi dengan baik. Ini kerana bateri itu tidak tahu mana-mana selnya dicas dengan sepenuhnya atau samada ada sel yang dicas terlampau. Selain daripada itu, bateri plumbum-asid akan mula nyahcas sebaik sahaja enjin motosikal dimatikan kerana seperti yang kami berkata di atas, plet-plet bateri akan mula disaluti dengan sulfida. Oleh itu, kita juga perlukan pengecas automatik (smart charger atau intelligent charger) yang diprogram juga untuk bateri biasa!

Sebaliknya, bateri lithium hanya menyahcas sedikit dalam masa yang lebih panjang oleh itu pengecas bukanlah satu keperluan yang amat penting. Namun, kita tidak tahu samada sistem pengecas motosikal kita berada di dalam keadaan sempurna. Sistem elektrik motosikal bukan sahaja terdiri daripada stator (coil), malah terdapat rectifier, voltage regulator, wayar, fius, relay, lampu, meter, komponen elektronik seperti ABS dan kawalan cengkaman, unit kawalan enjin, penyuntik bahanapi, kipas radiator, dan berbagai-bagai lagi. Sebab inilah sebuah pengecas merupakan alat yang penting, khususnya bagi motosikal yang hanya digunakan sekali-sekala atau untuk perlumbaan (motosikal tiada pengecas).

Pengecas khusus diperlukan oleh bateri lithium kerana ia berhubung dengan BMS bateri untuk merumuskan strategi pengecasan. Jika pengecas biasa digunakan, ia akan mengalirkan cas yang terlampau tinggi dan ini akan menyebabkan BMS menutup bateri dan bateri tidak dapat dicas. Juga, bateri lithium kurang berkualiti berkemungkinan akan rosak atau terbakar jika pengecas biasa digunakan!

Terdapat kebenaran di sini kerana bateri lithium memerlukan di antara 13V hingga 14V untuk mengecas dengan sempurna. Tetapi, secara kenyataannya, bateri biasa pun memerlukan sistem pengecas yang berfungsi dengan baik kerana jika tidak, bateri itu akan cepat rosak kaput, so will the battery, regardless of which type you use!

Penjimatan 1kg memberikan beberapa maanfaat seperti prestasi memecut dengan membrek, pengendalian serta penjimatan bahanapi. Tetapi apa yang penting di sini ialah ketumpatan tenaga kerana bateri lithium memberikan lebih cas walaupun lebih kecil dan ringan.

Ya betul, harga permulaannya lebih mahal. Tetapi, ia nyata tahan lebih lama kerana ada laporan daripada pengguna yang telah menggunakan bateri lithium selama 5 tahun dan prestasinya seperti baharu. Kita boleh bandingkan dengan kos wang dan masa jika kita tukar bateri biasa setiap 2-3 tahun yang menunjukkan bahawa pengunaan bateri lithium sebenarnya lebih berbaloi.

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Pandu Uji

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Tempat-tempat yang sempat aku singgah kali ini bersama Suzuki V-Strom 800RE. Ya....model kembara 800cc dari Suzuki ini adalah kesinambungan daripada model DE yang telah kami uji tahun lalu. Kini, lengkapkan siri keluarga V-Strom 800 dengan benar-benar bersedia di pasaran dan mampu merentasi kepelbagai rupa bumi, cuaca dan destinasi pengembaraan.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.