Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 September 2019

Royal Enfield One-Day Ride Ke Gua Pasoh

Tanggal 30 Julai yang lalu, seramai 51 orang pencinta alam telah bersatu hati untuk berkunjung ke Gua Pasoh yang terletak di Negeri Sembilan. Gua Pasoh terkenal sebagai gua batu kapur paling selatan di Semenanjung Malaysia. Ia juga menjadi tapak penting untuk kajian arkeologi, tempat melihat keajaiban pembentukan alam yang berusia jutaan tahun, menyimpan khazanah negara yang perlu dilindungi untuk generasi akan datang dan turut menawarkan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung seperti lawatan ke tapak arkeologi serta kemahiran ikhtiar hidup.

Dato’ Chear menyampaikan sijil perhargaan kepada Azlini (kanan) dari ATOA di penghujung program.

RE Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama LEP Rider Crew telah berjaya mengumpulkan sebanyak 32 buah motosikal yang terdiri daripada 20 buah Royal Enfield dan selebihnya jenterajentera lain daripada pelbagai jenama. Turut sama dalam konvoi tersebut ialah 18 orang lagi peserta yang menaiki kereta dan kenderaan lasak 4x4. Group Azliny Team Building and Outdoor Adventure (ATOA) yang diketuai oleh Azlini, warga Felda Pasoh 4 diberi kepercayaan untuk mengendalikan urusan makanan, minuman dan penempatan persinggahan di Kem Gua Pasoh.

En. M. Syahrul sentiasa memastikan para peserta bersedia sebelum memulakan perjalanan.
En. M. Syahrul sentiasa memastikan para peserta bersedia sebelum memulakan perjalanan.

Pada jam 8.15 pagi, para peserta telah berkumpul di Restoran Sayat Yus, Sungai Ramal untuk menikmati sarapan pagi yang ditaja oleh RE Motorcycle Sdn Bhd. Terima kasih Sdr Halim kerana tolong tempahkan makanan yang semuanya sedap-sedap belaka! Hadir sama menyerikan program pada hari itu ialah Pengarah Urusan RE Malaysia, Dato' Chear Kin Keong yang ditemani oleh Pengurus Besar RE Malaysia, En. M. Syahrul.

Seperti di setiap perjalanan atau pengembaraan di bawah anjuran para pemilik Royal Enfield, taklimat ringkas wajib diberikan. Tanggungjawab tersebut digalas oleh dua orang pegawai keselamatan cukup berpengalaman iaitu En. Murugan dan En. Kumar. Taklimat ini amat penting agar setiap pergerakan terkawal dan paling utama, selamat untuk semua penunggang pergi dan balik.

Gua yang menyimpan 1001 cerita dan artifak yang berusia jutaan tahun.
Gua yang menyimpan 1001 cerita dan artifak yang berusia jutaan tahun.

Tayar bergolek tidak lama selepas itu menggunakan Jalan Semenyih - Jalan Sg Lalang - Kuala Kelawang yang cukup berliku. Para penunggang bergerak penuh disiplin dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang jalan raya. Ride santai yang mengasyikkan dan para peserta pula memberi kerjasama yang baik di sepanjang perjalanan. Ini baru seronok!

Lebih kurang satu jam setengah kemudian, konvoi masuk ke kiri untuk menuju terus ke Felda Pasoh dengan menggunakan Jalan Sg. Rotan. Dengan bantuan Aizad dan Ah Seng (RE) dan En. Salleh (LEP Rider Crew) yang bertugas sebagai sweeper, tiada seorang rider pun yang tertinggal di belakang.

Syukurlah! Konvoi selamat tiba lebih kurang jam 10.30 pagi dan terus berkumpul di Homestay Teratak Kasih Ayah Bonda. Tiba di Felda Pasoh 4, para peserta disambut baik oleh team ATOA di pintu gerbang. Mereka mengiringi kami hingga ke Homestay Teratak Kasih Ayah Bonda. Di situ, para peserta disambut pula oleh tuan rumah iaitu Makcik Jasiah dan Pakcik Hamzah dengan serangkap pantun.

Kain batik corak selasih,
Berbaju kurung cantik berseri,
Selamat datang ke Teratak Kasih,
Semoga semua selesa di sini.

Para peserta mencuba teknik menghidupkan api menggunakan batu.
Para peserta mencuba teknik menghidupkan api menggunakan batu.
Memang sedap lauk-pauk yang dimasak di dalam buluh.
Memang sedap lauk-pauk yang dimasak di dalam buluh.

Layanan mesra mereka membuatkan para peserta rasa seperti ahli keluarga. Masa terluang digunakan sebaiknya oleh para penunggang untuk minum, makan dan berehat sebentar. Ada juga yang tidak sabar-sabar nak 'pekena' durian... aduhai, memang sedap. Terangkat dibuatnya! Bagi yang kurang minat dengan raja buah itu, mereka boleh rasa pelbagai jenis buahbuahan lain yang telah disediakan.

Jam sudah hampir pukul 11.00 pagi dan tibalah masa perjalanan diteruskan menuju ke Kem Gua Pasoh yang terletak sejauh 4.3 kilometer dengan melalui laluan lasak (ladang kelapa sawit dan hutan). Memang cukup mencabar tetapi seronok! Setengah jam kemudian, semua peserta tiba di Kem Gua Pasoh. Ngam...ngam... time makan tengahari! Menu pun cukup istimewa antaranya bbq kambing slice, ayam masak buluh dan sayur.

Halim sentiasa menyertai konvoi anjuran RE Malaysia.
Halim sentiasa menyertai konvoi anjuran RE Malaysia.
Inilah masa terbaik bertemu dengan rakan-rakan.
Inilah masa terbaik bertemu dengan rakan-rakan.

Bila dah makan, tenaga pun cukup... bolehlah masuk gua! Cuaca panas dan jalan kering memberi pengalaman baru buat para peserta untuk ride di permukaan jalan berbatu dan tanah merah ketika menuju ke kawasan gua. Para peserta kemudiannya masuk ke dalam Gua Pelangi (salah sebuah gua di Gua Pasoh) yang cukup terkenal di kalangan pencinta alam. Untuk masuk ke Kem Gua Pasoh memerlukan permit daripada pihak berkuasa tempatan dan ini telah diuruskan oleh ATOA. Info: ATOA merupakan syarikat wanita tunggal yang mengusahakan aktiviti riadah di Hutan Simpan Pasoh yang mendapat kebenaran permit pengurusan aktiviti daripada Jabatan Hutan Negeri Sembilan.

Menurut info dari laman facebook 'Menarik D' Jelebu', Gua Pelangi telah mula dikaji pada tahun 2014 dan sejak penemuan arkeologi di gua tersebut, ia telah mendedahkan bukti prasejarah menerusi penemuan artifak penting seperti alat batu pebel, bifas, alat repeh, bat pelandas, batu pemukul dan sisa makanan. Dapatkan maklumat lanjut di: https:// www.facebook.com/menarikdijelebu.

Para peserta turut melakukan aktiviti riadah lain seperti menyalakan api menggunakan batu/parang/serbuk kayu dan ada juga yang sempat tunjuk 'skill' dalam permainan congkak. Acara pada petang itu diteruskan dengan majlis penyampaian sijil penghargaan untuk ATOA, Royal Enfield Malaysia dan LEP Rider Crew serta penyampaian hadiah untuk kuiz yang dijalankan.

Selepas beberapa jam di Kem Gua Pasoh, konvoi bergerak perlahan-lahan untuk kembali ke Homestay Ayah Bonda untuk minum petang dan segarkan diri. Sekali lagi... menu yang telah disediakan amat menyelerakan. Ada lemang, rendang, nasi impit dan kuih raya. Para peserta juga berpeluang menaiki keretapi buatan orang kampung (dibuat daripada tong air) untuk menikmati kawasan sekitar. Memang kampung itu bersih, cantik dan dihiasi dengan pokok-pokok bunga serta kebun buah-buahan.

Bergambar kenangan di Homestay Teratak Kasih Ayah Bonda.
Bergambar kenangan di Homestay Teratak Kasih Ayah Bonda.
Pengalaman menaiki keretapi buatan sendiri mengelilingi kampung.
Pengalaman menaiki keretapi buatan sendiri mengelilingi kampung.

Tepat jam 5.00 petang, para peserta pun mula bersiap sedia untuk pulang semula ke Shah Alam. Ternyata penganjuran kali ini memang cukup istimewa dan menarik.

Burung tempua burung kedidi,
Bersarang rendah bersarang tinggi,

Terima kasih kami daun keladi,
InsyaAllah boleh ride ke sini lagi.

Pantun daripada Sdr Halim (Ketua Konvoi) untuk makcik Jasiah sebelum berangkat pulang. RR

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.